Rezeki keluarga menang wang tunai
KUANTAN - Mulanya dia agak sukar mahu mempercayai panggilan daripada pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai pihak Sinar Harian dari Shah Alam, kerana beranggapan panggilan itu sekadar main-main.
Namun selepas menerima panggilan kedua daripada wakil Sinar Harian di Pahang berhubung kemenangannya dan hadiah wang tunai RM500 yang mahu diserahkan, Nor Liza Razali, 46, berasa sangat teruja.