KUALA TERENGGANU - Satu ikon baharu perlu diketengahkan yang dilihat mampu menyatupadukan rakyat harus dicari bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.
SHAH ALAM - Kerajaan PH mungkir janji apabila penghapusan tol yang terkandung dalam Buku Harapan ditukar kepada ketiadaan kenaikan kadar tol tahun hadapan.
GEORGETOWN - Majlis agama Islam perlu berfungsi sebagai dewan pemikiran dan pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan langsung Yang di-Pertuan Agong.
KUALA LUMPUR - Hasil kajian juruperunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik Kementerian Kerja Raya pada Januari 2019 bagi mengurangkan beban bayaran tol akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei depan.
PUTRAJAYA - Keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menjalankan inkues terhadap kematian Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Adib Mohd Kassim bakal membuka ruang terhadap bukti- bukti baharu termasuk keterangan saksi.
SERDANG - Sebanyak 20 kenderaan tersadai di Lebuhraya Besraya dipercayai selepas pemilik kenderaan mengisi bahan api di salah sebuah stesen minyak di lebuh raya tersebut pagi tadi.
KAJANG - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengesan seramai 1,709 pelajar sekolah menengah di 178 lokasi 'panas' seluruh negara terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
GEORGETOWN - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitiskan airmata ketika bertitah mengenai kematian Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim.
TAHUN 2018 menyaksikan pelbagai peristiwa menggemparkan, menarik, gembira, sedih bahkan kejam menghiasi akhbar Sinar Harian sepanjang tahun. Maka, pelbagai Laporan Khas disediakan bagi menyajikan variasi menarik kepada pembaca.
SHAH ALAM - Setiap individu yang meraih populariti diiringi dengan satu tanggungjawab besar yang perlu ditunai untuk mendidik masyarakat ke arah positif.
PUTRAJAYA - Kenaikan yuran Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) antara 10 hingga 30 peratus memang tidak dapat dielakkan berikutan kos penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum yang diumumkan bermula tahun hadapan.
KOTA TINGGI - Mesyuarat Malaysia-Singapore Joint Ministerial Committee (JMC) akan diadakan antara Malaysia dengan Singapura pada 15 atau 16 Januari tahun depan.
SERANG - BANTEN. Salah sebuah kenderaan yang membawa sukarelawan Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selat Sunda Serantau Muslim kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Jakarta.
SHAH ALAM - Peningkatan yuran taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang berlaku setiap tahun perlu dipantau kerajaan agar ia tidak membebankan orang ramai.
BANTEN - INDONESIA - Misi Bantuan Kecemasan Tsunami Selatan Sunda bersama NGO Serantau Muslim terpaksa pulang awal daripada jadual atas faktor keselamatan.
SHAH ALAM - Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia di sekitar kawasan tarikan pelancong berhampiran Pantai Samila, Songkhla, Thailand dinasihatkan supaya berhati-hati dan memantau perkembangan terbaru dari berita tempatan serta pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian letupan bom di kawasan itu.
SHAH ALAM - Chef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan beliau seperti hari ini.
KUALA NERUS - Petronas menerusi Badan Kebajikan Islam Petronas (Bakip) menyumbangkan kira-kira RM900,000 bagi pembelian barangan kelengkapan persekolahan kepada pelajar asnaf di enam wilayah termasuk Pantai Timur tahun ini.
KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan khas terdiri daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) giat mengumpul bukti kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 26 dan 27 November lalu bagi membantu polis menyiasat insiden tersebut.
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pemansuhan Skim Pengecualian Bayaran Bil Elektrik RM20 oleh kerajaan PH bermula Januari tahun depan bakal memberi kesan besar kepada rakyat di negara ini.
SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport tepung protein darah babi dari China bagi kegunaan pemperosesan makanan haiwan di dalam negara.
KUALA LUMPUR - Kira-kira 5,400 pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berjaya melangkah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi pembelajaran tahun 2019.
SHAH ALAM - Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat politik.
KUALA LUMPUR - Majistret akan diarah melakukan satu inkues bagi menentukan sebab kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR - Skandal mega 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Malaysian Official no.1 yang sebelum ini ditutup begitu rapi akhirnya pecah terburai pada saat kerajaan Barisan Nasional yang memerintah tumbang di tangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
LABUAN - INDONESIA. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan misi kemanusiaan di sekitar Selat Sunda diingatkan agar berwaspada susulan kemungkinan berlakunya gelombang tsunami kedua dalam masa terdekat.
SEPANJANG tahun ini, pelbagai kisah menerjah minda rakyat Malaysia. Sedih, pilu, tragedi, gembira, kejutan, kecaman, cukup segala rencah menyempurnakan tahun 2018 yang pastinya mencoret sejarah tersendiri.
KUALA LUMPUR - Johor Port Bhd, ahli Kumpulan MMC, meraih Anugerah Kecemerlangan Prestasi Global 2018 – Kelas Dunia daripada Asia Pacific Quality Organisation.
KOTA TINGGI - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyasarkan pemberian bantuan kepada 15,000 anak-anak peladang kurang berkemampuan di seluruh negara bagi meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan.
PUTRAJAYA - Selepas 24 jam warkah dari Cordova dititipkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof kepada Nurul Izzah Anwar, Puteri Reformasi itu masih membisu daripada memberikan sebarang reaksi.
KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menuntut Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah membuat permohonan maaf selain memohon ganti rugi sebanyak RM30 juta, atau jika tidak bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkannya dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.
SEREMBAN - Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) membidas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sekolah kebangsaan telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.
SHAH ALAM - Pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim 17 Disember lalu dirasai seluruh rakyat Malaysia yang turut bersedih dengan kehilangannya.
PUTRAJAYA - Proses saringan penting bagi memastikan seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah bersedia untuk mengikuti persekolahan tahun satu lebih awal dari kohort umurnya, demikian menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia, hari ini.
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan perubahan dalam barisan ahli lembaga pengarahnya menerusi pelantikan empat individu berkuat kuasa 1 Januari 2019 susulan persaraan tiga ahlinya.
IPOH - Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan penggunaan ganja dalam perubatan jika firma farmaseutikal dapat membuktikan bahan itu selamat dan berkesan.
WACANA Siri 58 membincangkan aspirasi tiga YB muda apabila PRU14 menyaksikan pentadbiran negara bertukar tampuk. Satu sejarah tercipta apabila ramai muka baharu terdiri daripada golongan belia menyerikan pentas politik sebagai wakil rakyat. Kehadiran mereka sekali gus memberikan perspektif berbeza dalam kepimpinan negara.
KUALA LUMPUR - Jabatan Penyiaran Malaysia menafikan dakwaan program keagamaan yang bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM) akan dikurangkan mulai tahun depan.
"SERONOK ada geng yang 'sporting' macam ini". Itu antara kata-kata netizen yang teruja melihat keakraban pengantin lelaki bangsa India dengan pengapit lelaki dari bangsa Melayu dalam satu majlis perkahwinan di sini.
Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menyediakan peruntukan RM80 juta untuk memberi Rebat Bil Elektrik berjumlah RM40 kepada 185,000 miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih.
Terdapat kekeliruan di kalangan pekebun kecil getah apabila kerajaan menetapkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhibur dengan komen netizen terhadap ‘Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah’ yang ditulisnya semalam.
Sejumlah RM93.57 juta bayaran pampasan bagi kemalangan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja disebabkan kenderaan bermotor dibayar oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Surat terbuka 'Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah' yang ditulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof semalam turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.