|
MAHKAMAH
MAHKAMAH
KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya berhubung tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lepas.
  • KUALA TERENGGANU - Padah mengugut membunuh anggota polis dengan parang, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
  • KOTA BHARU - Seorang bomoh wanita dari Sarawak dan teman lelakinya yang juga Konstabel Percubaan Polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang wanita sehingga cedera parah.
  • SHAH ALAM - Mahkamah Majistret Klang di sini mengeluarkan perintah tahanan reman empat hari bermula hari ini ke atas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur ugutan yang dikeluarkannya pada satu perhimpunan di Klang, Selasa lepas.
  • Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan secara bersama memiliki rokok seludup pelbagai jenis yang bernilai RM208,920, bulan lepas.
  • KUALA TERENGGANU - Padah melakukan jenayah pecah masuk dan mencuri peralatan katering dan penghawa dingin, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
  • KLANG - Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang mak nyah di hadapan sebuah hotel di sini, 12 Disember lepas.
  • KUALA LUMPUR - Akibat mencuri pelbagai bahan makanan mentah dan beberapa helai pakaian wanita, seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.
  • PETALING JAYA - Lima individu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tuduhan merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, Disember lalu.
  • PETALING JAYA - Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan dengan insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ Disember lalu.
  • Seorang lelaki mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dakwaan membelasah individu yang disyaki pencuri hingga patah kedua-dua tangan dan kaki kiri.
  • KUALA LUMPUR - Beberapa individu yang membeli tanah rizab Melayu di beberapa lokasi di ibu negara akan memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap sebuah firma guaman hartanah atas dakwaan menipu wang mereka.
  • PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pegawai pengurusan kanan Tabung Haji bergelar 'Datuk' yang direman empat hari sejak Rabu dibebaskan selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini.
  • KLANG - Padah gagal menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan, seorang pemilik syarikat katering dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Klang.
  • PETALING JAYA - Selepas sepasang kekasih didakwa atas pertuduhan membunuh lelaki warga Bangladesh pada Isnin lepas, tiga lagi lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan sama.
  • PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan didenda RM5,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan ibunya di kediaman mereka, Isnin lepas.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan lapan individu lain diarahkan memfailkan penyataan pembelaan masing-masing dalam saman dikemukakan syarikat itu yang menuntut ganti rugi RM514 juta berhubung pemerolehan Asia Plantation Ltd. (APL) pada tahun 2014.
  • TAMPIN - Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan membuat panggilan ancaman bom di Hospital Tampin pada minggu lalu.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengembalikan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mengenakan denda RM10 juta, masing-masing ke atas Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd kerana melanggar larangan perkongsian pasaran di bawah Akta Persaingan 2010.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan seorang anggota bomba, dua minggu lepas.
  • KUALA TERENGGANU - Meskipun dua bulan lalu sudah dikenakan hukuman denda RM2,900 kerana kesalahan judi nombor ekor, seorang lelaki tidak pernah serik apabila sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini atas kesalahan sama.
  • KUCHING - Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa dan kemudian bertukar menjadi kes penyeludupan, berakhir semalam apabila lapan lelaki, dua daripada mereka rakyat Malaysia, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, oleh mahkamah majistret Brunei.
  • MELAKA TENGAH - Seorang jurujual wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran janin bayi lelaki berusia enam bulan, November lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pecah amanah wang kutipan harian sebuah syarikat telekomunikasi berjumlah RM1.2 juta, tahun lepas.
  • GEORGETOWN - Seorang ibu tunggal dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine, dua tahun lepas.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 30 Januari hadapan untuk pengurusan kes saman difailkan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah terhadap pengasas dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan fitnah dalam buku ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.
  • KUALA LUMPUR - Bekas pegawai bank Goldman Sachs International, Roger Ng Chong Hwa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs berhubung penjualan Nota-nota Terjamin anak syarikat 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$6.5 bilion dengan meninggalkan fakta-fakta material dan membuat penyataan tidak benar.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 4 Jan tahun depan bagi mendengar permohonan kerajaan untuk mengekstradisi bekas ahli perbankan Goldman Sachs Roger Ng, disebabkan dia tidak hadir di mahkamah hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi 17 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kesemua tuduhan itu di Mahkamah Tinggi, di sini.
  • SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.
  • SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST.
  • SHAH ALAM - Nama ahli perniagaan, Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
  • PETALING JAYA - Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd gagal mendapatkan surat kebenaran bagi pelantikan ketua pendakwaan, Datuk Sulaiman Abdullah, setelah Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa tiada keperluan undang-undang bagi pendakwaan berbuat demikian.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bank tidak boleh bergantung kepada fasal pengecualian dalam perjanjian pinjaman untuk mengelak daripada sebarang tuntutan yang dikemukakan pelanggan terhadap mereka.
  • KUALA LUMPUR - Top Glove Corporation Bhd tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas akhbar United Kingdom, The Guardian yang mendakwa pengeluar sarung tangan getah itu menggunakan tenaga kerja secara paksa.
  • JOHOR BAHRU - Seorang kontraktor diperintahkan Mahkamah Sesyen, di sini, menjalani hukuman penjara tujuh hari selepas mengaku bersalah dengan niat membuat tuntutan palsu, dua tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan pertuduhan-pertuduhan jenayah terhadap anak-anak syarikat Goldman Sachs investment bank, pekerja-pekerja utamanya, bekas pekerja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan dan Low Taek Jho (umumnya dikenali sebagai Jho Low) berhubung penjualan bon-bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion, yang melanggar undang-undang sekuriti Malaysia.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman pemula oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuntut deklarasi bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an adalah tidak sah dan terbatal.
  • KLANG - Seorang warga emas tergamak mengkhianati kepercayaan bapa kepada seorang murid darjah satu dengan mencabul kanak-kanak itu di dalam kereta di sebuah lorong dekat sini, Jun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang guru kaunseling hanya mampu menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana memberi sokongan dan memiliki gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh, dua tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana memiliki motosikal curi.
  • KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan memohon untuk memindahkan kes seorang ahli perniagaan yang didakwa memberi rasuah RM1 juta kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berhubung kelulusan permohonan sebuah syarikat untuk menaikkan ratio berkaitan pembangunan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, ke Mahkamah Tinggi di sini.
  • TAIPING - Dua ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah berjumlah RM51,673 di Mahkamah Sesyen, di sini sejak tiga tahun lalu.
  • PUTRAJAYA - Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas tuduhan berkaitan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram menjadi kemuncak dalam kes mahkamah pada 2018.
  • KUALA TERENGGANU - Selain gagal 'memperkenalkan' diri kepada pihak berkuasa semasa dijumpai berada di atas vesel di perairan negara, seorang tekong warga Vietnam juga dikesan cuba bertindak 'merompak' ikan di perairan menggunakan pukat tunda.
  • PETALING JAYA - Seorang anggota polis hari ini menafikan kandungan laporan polis yang dibuatnya bahawa pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menamparnya adalah rekaan semata-mata.
  • MELAKA TENGAH - Seorang pekerja kilang wanita ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan janin bayi lelaki di sebuah tandas kilang pengeluar cip terkemuka di Batu Berendam pada Selasa lalu.
  • SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Selasa depan untuk keputusan notis usul yang difailkan tertuduh pertama dalam kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan tujuh saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.
  • KUALA LUMPUR - Pusat pakar pergigian, Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd, didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan berhubung kematian menantu bekas timbalan perdana menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ketika menjalani rawatan gigi di situ.
  • KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip, dikaitkan dengan sembilan pertuduhan rasuah melibatkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  • MELAKA TENGAH - Bahana memukul isteri, seorang operator kilang dipenjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mencederakan isteri dengan kerusi plastik pada Mei lalu.
  • KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini didakwa dengan satu pertuduhan baharu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah wang RM10 juta milik Yayasan Akal Budi, tiga tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi atas pertuduhan pecah amanah dan rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh Syarikat Felda Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, tiba jam 8.35 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi beberapa pertuduhan berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
  • PETALING JAYA - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari menjerit-jerit di balai polis dan berkata "adakah hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!
  • KUALA LUMPUR - Makamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas ahli perbankan Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, yang menghadapi tiga pertuduhan di luar negara berkaitan 1Malaysia Development Berhad, agar dia dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu pendengaran ekstradisinya.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Februari tahun depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan bagi kerusi Dun Rantau di Negeri Sembilan pada PRU14 sebagai tidak sah dan terbatal serta memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan segera.
  • JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat perindustrian didenda RM45,000 oleh Mahkamah Tinggi Kota Tinggi, hari ini selepas didapati gagal mengadakan tempat kerja yang selamat hingga mengakibatkan kematian, Oktober lalu.
  • KOTA BHARU - Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan dan seorang remaja berusia 12 dan 13 tahun yang dikenali melalui aplikasi WeChat pada Mei lalu
  • KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini kerana cuba mencuri tiga ekor kerbau bernilai RM15,000.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf