SUNGAI PETANI - PKR sentiasa bersikap terbuka dalam mengambil kira pendapat semua pihak selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan parti berkenaan.
KUALA KETIL - Benarlah kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Kata-kata itu tepat ditujukan kepada seorang guru agama di sini yang begitu dihormati masyarakat setempat.
ALOR SETAR - Seorang bekas anggota tentera yang kudung kaki kiri akibat terkena jerangkap samar di hutan Gubir di Sik 32 tahun lalu, merayu sumbangan orang ramai bagi meringankan beban kewangannya selepas disahkan menghidap kanser darah dan memerlukan rawatan segera sejak September lalu.
GEORGETOWN - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini, hari ini.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha parkir berhampiran Jeti Kuala Kedah di sini, yang sengaja menaikkan harga hingga membebankan pengunjung yang ingin ke Langkawi terutama pada musim cuti sekolah.
ALOR SETAR - Semua sekolah di Kedah diharapkan tidak memberi tekanan kepada pelajar dengan mewajibkan mereka memakai kasut hitam bermula sesi persekolahan 2019 pada minggu depan kerana pelaksanaan sepenuhnya hanya akan berkuatkuasa pada 2021.
GEORGE TOWN - Sembilan pendaki tersesat dalam hutan ketika menjalankan aktiviti pendakian di Bukit Bendera, di sini hari ini dan usaha mencari mereka giat dijalankan.
BUTTERWORTH - Menikmati pemandangan feri berlabuh dan kemegahan pelabuhan di Pulau Pinang antara tarikan utama pengunjung yang menikmati hidangan di medan selera Makan Street di Penang Sentral.
ALOR SETAR - Syarikat pengendali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, E-Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) akan menambahbaik perkhidmatan kutipan sampah dalam kawasan perkhidmatannya mulai Januari tahun depan, khususnya di Kedah dan Perlis.
ALOR SETAR - Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan menyampaikan khabar gembira untuk rakyat Kedah dengan meluluskan 11 projek untuk dilaksanakan dengan segera.
SIK - Bunyi tangisan yang mengejutkan seorang penoreh ketika dalam perjalanan ke kebun membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan dibaluti tuala di Kampung Bunga Chepir, di sini hari ini.
Padah melakukan pelbagai aksi merbahaya, dua pemuda akhirnya ditahan polis dalam operasi Bersepadu Khas Skuad 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara semalam.
BALING - Tiada pakaian baharu yang boleh dipakai seorang pelajar dari Kampung Bok Bak, di sini untuk memulakan sesi persekolahan yang akan bermula kurang dua minggu lagi.
ALOR SETAR - Masih ada pihak tidak faham tugasan kakitangan kerajaan untuk rakyat seperti Allahyarham Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim yang menjadi mangsa dalam kejadian rusuhan kuil di Subang Jaya, bulan lalu.
SINTOK - Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) Universiti Utara Malaysia hari ini melancarkan aplikasi yang membolehkan orang ramai meneroka cara berfikir Tun Dr Mahathir Mohamad melalui koleksi ucapan dan mutiara kata.
JITRA - Tidak perlu lagi berkunjung ke hotel untuk menikmati kambing golek kerana Pakngah Kambing Golek di Mix Legacy Cafe di sini, bakal merealisasikan keinginan anda dengan pelbagai hidangan kambing yang membuka selera.
Niat murni ingin membantu akhirnya mengundang padah kepada seorang lelaki warga emas apabila dia cedera ketika cuba memadamkan kebakaran di sebuah rumah di Jalan Inang, Taman Ria Jaya di sini, hari ini.
LANGKAWI - Kerajaan disaran melihat semula undang-undang berkaitan kanak-kanak kurang upaya (OKU) supaya tindakan dapat diambil ke atas keluarga yang cuba ‘menyembunyikan’ golongan itu daripada masyarakat umum.
GEORGETOWN - Taman Botani atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat setempat sebagai Taman Air Terjun Pulau Pinang antara tempat yang menjadi pilihan pelancong luar dan dalam negara untuk bersiar.
KEPALA BATAS - Tiada keperluan untuk merombak pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang berikutan kejadian kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di sini Isnin lepas.
BALING - Orang ramai tidak perlu panik kononnya Lembaga Tabung Haji ( TH) akan dipantau menteri bukan Islam, Lim Guan Eng walaupun institusi itu akan dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari depan.
TELOR AIR TAWAR - Kehadiran ratusan warga asing yang menyewa di beberapa rumah di Taman Telok Molek di sini menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk tempatan.
BUKIT MERTAJAM - Daerah Seberang Perai Tengah mencatatkan peningkatan wabak denggi yang membimbangkan apabila sebanyak 1,531 kes dilaporkan sepanjang tahun ini.
GEORGETOWN - Sebahagian jalan di Padang Kota di sini akan ditutup bermula jam 12 tengah malam ini hingga 4 pagi esok bagi kerja-kerja pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut di Padang Kota Lama, Esplanade di sini.
ALOR SETAR - Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim hari ini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah yang baharu, menggantikan Datuk Bakar Din yang tamat kontrak perkhidmatannya semalam.
TASEK GELUGOR - Polis mengesan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan membabitkan kes tetak melibatkan tiga individu di sebuah kilang di Tingkat Selamat 2 semalam.