Masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu memang terkenal dengan keasyikan mereka terhadap politik. Bila tiba saja musim pemilihan parti, sibuklah mereka dengan pelbagai andaian, ramalan, tohmahan dan juga fitnah. Di era media sosial sekarang, sesiapa saja boleh luahkan pandangan masing-masing dengan bebasnya. Bezanya ada yang bersifat objektif, subjektif, spekulatif dan tidak kurang pula yang manipulatif.