|
SINAR ISLAM
SINAR ISLAM
Kekecohan besar berlaku apabila satu kes melibatkan seorang kanak-kanak bawah umur dinikahi oleh seorang lelaki yang jauh lebih berumur. Beberapa telahan berlaku ke atas situasi ini sehingga ke tahap yang tidak sepatutnya. Rata-rata menuding jari kepada Islam, penganut Islam, orang Melayu, tokoh agama termasuk kumpulan politik Islam dan sistem serta status berkaitan hal ehwal Islam.
  • “Nanti lepas ayah mati, kamu bahagilah harta pusaka ayah sama rata dengan adik-adik kamu”. Begitulah luahan hasrat seorang ayah kepada salah seorang anaknya yang inginkan harta-hartanya dikongsi bersama semua waris lelaki dan perempuan secara sama banyak. Dalam situasi lain pula, semasa proses perbicaraan harta pusaka si mati, waris-waris bersetuju supaya harta pusaka bapa mereka dibahagi sama rata antara anak lelaki dan anak perempuan. Ini bermakna jika anak lelaki mendapat RM2,000, anak perempuan juga mendapat sebanyak itu. Soalnya, bolehkah pembahagian sama rata dilakukan?
  • Sebuah rakaman video yang ditularkan suatu masa dahulu, pasti memberikan inspirasi buat kita semua. Seekor beruang dewasa bersama anaknya sedang mendaki gunung yang diliputi salji. Beruang dewasa membiarkan sahaja beruang kecil berusaha sendiri mendaki gunung tersebut tanpa memberikan sebarang bantuan. Beberapa kali si beruang kecil itu menggelungsur jatuh ke bawah dan kembali memanjat semula ke atas. Malah ketika si beruang kecil berhempas pulas dan hampir tiba di puncak, si beruang besar itu seolah-olah sengaja memberikan tekanan kepada beruang kecil itu sehinggalah sekali lagi beruang kecil tersebut menggelongsor jatuh jauh ke bawah. Namun dengan pantas beruang kecil tadi bangkit dari jatuh dan terus memanjat laju ke atas sehinggalah sampai ke puncak. Seandainya kita menyaksikan sendiri video yang berdurasi hampir tiga minit itu, pasti kita temui sebuah hikmah yang boleh kita jadikannya sebagai pedoman dalam hidup kita seharian. Sabda Nabi SAW, “Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana sahaja ia menemukannya, maka ambillah.” (Riwayat Tirmizi)
  • “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga).” Surah Ali Imran, ayat 14. Meskipun manusia sanggup korbankan apa sahaja untuk meraih kebahagiaan. Namun kebahagiaan hakiki itu bukanlah terletak pada harta yang banyak, pangkat yang besar, dan tingginya kedudukan. Ia hanyalah tipu daya dunia yang membuatkan manusia mudah leka dan lalai dengan tujuan sebenar sebagai khalifah di muka bumi.
  • SYRIA CARE meneruskan komitmen mencari sumber dana bagi memenuhi keperluan dan meringankan derita pelarian Syria. Pelbagai pendekatan dilakukan tidak hanya tertumpu kepada kaedah biasa. Majlis Makan Malam Amal Kemanusiaan, antara pendekatan yang diketengahkan. Ia bukan setakat sekadar majlis makan-makan, pengisian halwa telinga dan mata, bahkan lebih daripada itu.
  • “SURAH Yasin memberi khabar gembira bagi orang yang memperjuangkan keselamatan dalam hidup. Mengajak orang untuk balik ke rumah dengan selamat, Get Home Safe, ia bukan sahaja rumah malah membawa ke syurga.”
  • Hidup ini adalah satu ujian. Ujian pula boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada insan yang diuji dengan kesusahan, keperitan, penderitaan dan kesakitan. Ada pula insan yang diuji dengan kesenangan, kemewahan, keseronokan dan kebahagiaan. Antara dua bentuk ujian ini, setiap insan pasti akan menghadapinya kerana ujian adalah pelengkap kepada kehidupan.
  • MASYARAKAT kini berlumba-lumba mencari pelaburan yang boleh memberikan pulangan dan keuntungan yang tinggi. Mana-mana institusi atau individu yang berjaya meyakinkan orang ramai dengan pulangan keuntungan yang tinggi, maka berebutlah mereka memberikan duit untuk dilaburkan.
  • Pembahagian harta secara hibah dilihat dapat membantu mengurangkan masalah kelewatan tuntutan dan pembahagian harta pusaka seseorang si mati. Hibah merupakan satu alternatif pengurusan harta yang boleh memupuk kasih sayang dan mengukuh ikatan silaturrahim dalam keluarga.
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid Syariah?
  • ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran ALLAH bagi kaum yang berfikir.” (Surah Al-Rum: 21)
  • Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus. (Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut). Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak. Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati ALLAH (dengan zikir dan tasbih), tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu, Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit (Surah As-Saffaat: 139-145).
  • “Arwah bapa saya pernah menyatakan semasa hayatnya, beliau ingin memberikan sebidang tanah kepada saya dan adik lelaki secara sama rata selepas dia meninggal dunia nanti. Namun, kami masih mempunyai dua orang abang, manakala ibu telah meninggal dunia semasa kami masih kecil lagi. Walau bagaimanapun, perkara itu kami tidak laksanakan kerana kedua abang kami tidak bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh arwah bapa tersebut. Sehingga kini, telah tiga tahun kematian arwah bapa berlalu. Tanah tersebut dan termasuk wang simpanan arwah bapa belum dibuat pembahagian lagi”. Soalnya, adakah apa yang dinyatakan oleh arwah bapa itu dianggap sebagai wasiat? Sekiranya ia adalah wasiat, bagaimana wasiat ini boleh dilaksanakan?
  • SUMBANG mahram merupakan satu gejala yang semakin serius dan mendapat perhatian masyarakat dan pihak kerajaan pada masa kini. Masyarakat juga melabelkan kejadian ini sebagai “Haruan Makan Anak”.
  • Hari pertama menjejakkan kaki ke Fakulti Hadis dan Pengajian Islam Universiti Islam Madinah sememangnya mendebarkan. Masakan tidak, pelbagai persoalan yang menerjah fikiran, menggusarkan perasaan: Layakkah aku bergelar penuntut ilmu hadis Nabi s.a.w? Adakah mampu pelajar yang tiada asas seperti aku ini untuk memahami apa yang disampaikan? Bagaimana pula jika aku gagal di pertengahan jalan? Mampukah aku menjadi ilmuwan hebat seperti fulan dan fulan?Adakah ini yang aku dambakan dalam kehidupan?Apakah hikmah di sebalik penceburanku dalam bidang ini yang Allah SWT telah rancangkan?
  • Saya tiba di bumi Madinah al-Munawwarah pada tahun 2003 tanpa hala tuju yang pasti. Saya masih kelam dengan destinasi dan peranan yang perlu saya mainkan di sana untuk tempoh beberapa tahun akan datang, apatah lagi dengan keadaan diri yang masih sangat cetek akan pendedahan tentang ilmu-ilmu agama dan belum lagi menguasai asas bahasa arab yang merupakan suatu tuntutan pelajaran di sana.
  • “Ibu tunggal? Mungkin ada buat dosa kepada suami, tak pandai jaga suami atau tak pandai masak…” Itulah tanggapan kalangan masyarakat apabila melihat wanita yang berpisah hidup dengan suami sebagai golongan kelas kedua, berbanding dengan ibu tunggal yang kematian suami.
  • “ARWAH bapa semasa hayatnya pernah memberitahu kami adik-beradik bahawa adik bongsu kami adalah anak angkat yang dibinkan dengan bapa angkat iaitu bapa kami. Sekarang usianya telah menjangkau 25 tahun. Arwah bapa telah meninggal dunia kira-kira tiga bulan lepas. Arwah bapa meninggalkan kami anak-anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan, berserta ibu (isteri arwah bapa) dan adik angkat. Manakala harta pusaka yang ditinggalkan adalah tiga bidang tanah seluas 2-3 ekar setiap satu, sebuah rumah lot banglo, sebuah rumah kondominium dan tiga buah kereta. Sehingga kini, harta-harta pusaka tersebut belum dibahagikan lagi. Arwah bapa juga tidak meninggalkan wasiat atau hibah kerana terlantar sakit selama setahun sebelum meninggal dunia. Persoalannya, adakah adik angkat kami layak menerima harta pusaka kerana telah dibinkan dengan bin arwah bapa?”
  • Apakah hukum melakukan umrah berulang kali dalam satu perjalanan?
  • Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita (Yahudi) dan ahli-ahli agama (Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan ALLAH, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Surah At-Taubah : 34)
  • SOALAN: Bolehkah menipu untuk tujuan marketing dalam perniagaan atau mempromosikan sesuatu?
  • SOALAN : Assalamualaikum ustaz. Saya ini andartu (anak dara tua) sudah berumur mencecah lebih 40 tahun.Namun belum juga mendapat jodoh sehingga sekarang. Ibu saya menjadi risau dan ambil keputusan untuk jumpa bomoh, dengan tujuan membuang sial yang ada pada saya. Apa betul tindakan ibu saya itu?
  • “Macammana saya nak teruskan hidup tanpa suami?” “Ada suami tapi macam tak ada suami…” “Kasihan anak-anak Pak Long dibesarkan tanpa ayah”
  • Andai kita diberi peluang bertemu dengan Rasulullah, pastilah ia merupakan saat yang paling indah dan membahagiakan dalam hidup kita. Meskipun tidak pernah bersua muka hanya sekadar mendengar dan membaca sirah hidup Baginda SAW, telah membuat kita berasa sangat rindu kepada Baginda SAW. Itulah kesayangan seluruh alam. Junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara perkara yang menjadi idaman para pencinta Nabi SAW adalah dapat bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.
  • Saudara baharu adalah merujuk kepada mereka yang baru memeluk agama Islam dan mereka dianggap sebagai “saudara baharu” dalam konteks kemunculannya dalam masyarakat Islam di mana setiap umat Islam itu adalah bersaudara. Saudara baharu dan warisnya yang bukan beragama Islam adalah tidak saling mewarisi. Para ulama bersepakat dengan merujuk kepada hadis Rasulullah SAW. daripada Usamah bin Zayd RA yang bermaksud:”Orang Islam tidak mewarisi harta pusaka orang yang bukan Islam, dan orang yang bukan Islam juga tidak mewarisi harta pusaka orang Islam” (Riwayat Muslim)
  • SINAR FB Live Resolusi Keluarga 1440H Siri 2 bertajuk “Ayah tidak bisu lagi” mengajak golongan ayah untuk selalu berkomunikasi dengan anak dalam membentuk jati diri Muslim yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Kerja dakwah tidak akan berhenti. Ia warisan para rasul. Bermula dari Adam AS hinggalah rasul terakhir, Muhammad SAW. Seterusnya disambung oleh generasi sahabat dan generasi berikutnya hingga ke hari ini.
  • Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul?
  • Masyarakat hari ini ramai yang bijak memanfaatkan teknologi. Ada yang berjaya mengambil peluang kemudahan yang ada untuk menjana pendapatan sampingan. Medium seperti media sosial dan aplikasi tertentu dapat membantu penggunanya memasarkan produk dan servis yang ditawarkan.
  • Bagaimana Baitulmal Mewarisi Harta Pusaka Si Mati?
  • SOALAN: Boleh ke cucu yang kematian ibu bapa sebelum kematian datuk atau neneknya menerima harta pusaka?
  • LELAKI bergelar ayah ibarat nakhoda dalam keluarga. Jika betul cara membimbing keluarga untuk masuk syurga, dia adalah ayah yang berjaya. Namun bagi ayah yang gagal ibarat ketam mengajar anaknya berjalan.
  • SEKIRANYA ditugaskan atau ingin menuju ke suatu destinasi yang belum pernah dijejaki, sudah tentu kita akan mencari maklumat tentangnya terlebih dahulu. Biasanya sebelum memulakan perjalanan, pelbagai persiapan akan dibuat. Antaranya berkenaan jalan, keperluan yang perlu dibawa, apa yang ada di tempat baru, dan juga kebarangkalian risiko atau halangan-halangan yang mungkin akan dilalui sepanjang perjalanan. Setelah maklumat dan persediaan tersebut dilakukan, barulah kita berasa yakin untuk memulakan perjalanan.
  • Dalam Islam, hak merupakan istilah yang berasal dari kalimah Arab iaitu haqq, yang bermaksud, kebenaran. Al-Haqq pula merupakan salah satu dari 99 nama ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud Yang Maha Benar, Yang Sempurna.
  • SOALAN: Kenapa waris perlu mendapatkan perintah faraid? Saya seorang perempuan yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Bapa saya meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu kerana sakit kanser yang dialami. Arwah bapa meninggalkan saya, ibu tiri dan anak-anaknya yang masih kecil (perempuan, 7 tahun dan lelaki, 3 bulan). Ibu kandung saya telah meninggal dunia semasa saya berumur 12 tahun. Arwah bapa saya pula telah berkahwin dengan ibu tiri sejak 8 tahun yang lepas. Tetapi bapa saudara saya (abang arwah bapa) sejak dua minggu yang lalu mendesak saya menyerahkan akaun simpanan dan geran-geran tanah kerana dia menyatakan dia berhak ke atas harta arwah bapa saya. Ibu tiri mencadangkan saya supaya merujuk kepada pihak yang boleh membantu. Bagaimana saya perlu lakukan sekarang? Adakah bapa saudara saya berhak ke atas harta pusaka arwah bapa saya?
  • Ada banyak sebab yang menjadikan seseorang berasa bangga. Ada yang bangga dengan kejayaan diri sendiri. Ada yang berbangga dengan kejayaan orang lain. Suami bangga dengan pencapaian isteri. Isteri bangga dengan kehebatan suami. Ibu bapa bangga dengan potensi anak-anak. Ketua bangga dengan prestasi orang-orang di bawahnya. Kerajaan bangga dengan sokongan rakyatnya. Begitulah pelbagai sebab yang membuatkan seseorang berasa bangga.
  • APAKAH yang dimaksudkan dengan Hakam? Perkataan Hakam telah disebut secara umum dalam Al-Quran, Surah an-Nisa’, melalui ayat 58 yang bermaksud “Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya, ALLAH memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”.
  • “Jangan jadi suami dayus, membiarkan isteri keluar bekerja, bercampur antara lelaki dan perempuan.”
  • Satu kisah yang berlaku dalam masyarakat iaitu tentang seorang penarik beca yang luar biasa. Setiap hari Jumaat dia tidak mengenakan sebarang tambang ke atas sesiapa yang menaiki becanya. Suatu hari seorang wanita yang kaya menaiki becanya. Setelah sampai di destinasi yang dituju, penenarik beca ini menolak bayaran wanita tersebut dan memberitahunya sesiapa yang menaiki becanya pada hari Jumaat dia tidak mengenakan sebarang tambang.
  • Usia semakin bertambah tapi masih buta atau rabun al-Quran. Alasannya, malu atau tak mahu belajar al-Quran? Adakah saya terlalu sibuk sehingga tidak berpeluang untuk mendekati al-Quran? Bagaimana saya hendak bersahabat dengan al-Quran? Walaupun belajar, kenapa masih tak pandai? Inilah antara persoalan untuk bermuhasabah diri.
  • Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepada-Nya), maka hidayah itu berguna untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Aku pula bukanlah menjadi penjaga terhadap (amalan) kamu.” Firman ALLAH SWT di dalam Surah Yunus 10: 108
  • Apa yang dikatakan sebagai harta sepencarian?
  • Jika ditanya, pilih syurga atau neraka? Semua orang pasti hendak ke syurga. Tetapi adakah gaya hidup kita sekarang seperti ahli syurga? Apakah kita ingin mahu seorang diri masuk syurga? Tentu kita mahukan orang tersayang turut masuk ke syurga.
  • Suatu hari seorang kaya menaiki kereta mewahnya, melewati kawasan sawah padi yang sedang menghijau. Dia terpandang sebuah pondok kecil di tengah sawah. Ada seorang petani sedang menunggu isterinya menghidangkan makanan untuknya. Setelah penat bekerja di bawah terik mentari. Lantas berkata si kaya “Alangkah bahagianya si petani. Tenang dikelilingi pemandangan sawah yang cantik. Di kala letih dan lapar pula, ada isteri dan keluarga di sisi makan bersama-sama. Bahagianya menjadi seperti petani itu.”
  • Ujian bencana, berlapiklah bila berkata-kata.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf