SEREMBAN - Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek sifatkan perbandingan berterusan yang dibuat antara beliau dengan Menteri Besar, Aminuddin Harun oleh sesetengah pihak tidak lain lagi bertujuan mahu melihat perpecahan kepimpinan kerajaan negeri dan parti.