|
EDISI SELANGOR & KL
SELANGOR & KL
DAMANSARA DAMAI - Open Ideas Space (OpiS) bersama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Perpustakaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan menganjurkan kursus berhubung aspek penjagaan kanak-kanak-kanak untuk penduduk Apartmen Idaman.
  • KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menandatangani memorandum persefahaman tambahan bersama 12 rakan kongsi bagi Projek Kebun Kejiranan Local Agenda LA21 (KL) 2018 semalam.
  • SABAK BERNAM - Kerajaan negeri diminta membantu menangani isu kelewatan pemberian bonus sebulan gaji kepada semua kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
  • SABAK BERNAM - Program Kapcai Mania Takluk Sabak Bernam yang dijadualkan esok hingga 30 Disember ini di Sungai Lang, di sini, tidak mendapat permit kebenaran.
  • KUALA LUMPUR - Sejumlah RM2.896 bilion diperuntukan menerusi rancangan Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun hadapan merangkumi 58.5 peratus peruntukan mengurus dan 41.5 peratus untuk pembangunan.
  • SERDANG - Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 20 bakal menganjurkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2019, Isnin ini.
  • PELABUHAN KLANG - Tiga bot membawa lebih penumpang yang dalam perjalanan dari Sky Mirror ke Sungai Buloh, Jeram, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor, semalam.
  • KUALA KUBU BHARU - Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis diwajibkan melawat sekolah termasuk menghadiri mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
  • SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengingatkan orang ramai yang ingin mendapatkan ‘Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)’ supaya mengisi borang permohonan dengan betul supaya permohonan mereka untuk mendapatkan sumbangan tersebut tidak ditolak LZS.
  • BATU CAVES - Selangor International Youth Extreme Festival (SIYEF) 2018 yang juga festival sukan lasak terbesar di Selangor bakal berlangsung buat kali kedua di Gua Damai, Batu Caves pada 29 hingga 30 Disember ini.
  • Tindakan sepasang suami isteri membina tapak tempat ibadat tanpa kebenaran di belakang Blok 100, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini mendapat perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
  • SUBANG JAYA - Bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan, empat konsesi lebuh raya berganding bahu mengagihkan bantuan barangan keperluan sekolah kepada 128 murid sekolah di negeri ini.
  • RAWANG - Dua beradik terselamat dari kebakaran yang berlaku di kediaman mereka di Bandar Tasik Puteri, di sini, dalam kejadian pagi tadi.
  • Kerajaan Selangor komited memastikan pelaksanaan program pembangunan dan aktiviti masyarakat di negeri itu tidak meminggirkan mana-mana kaum, etnik dan agama.
  • AMPANG - “Baju dan kelengkapan sekolah tiga anak musnah dalam kejadian banjir lumpur,” luah seorang bapa yang turut terjejas dalam kejadian banjir melibatkan 13 rumah di kawasan perumahan Taman Seri Bayu, di sini, Ahad lalu.
  • SHAH ALAM - Sesi makan besar menjadi satu tradisi bagi keluarga kaum Tionghoa semasa sambutan ambang Tahun Baharu dan tradisi ini merupakan simbolik kepada perpaduan dalam sesebuah keluarga.
  • KUALA LUMPUR - Kebimbangan seorang suri rumah memikirkan keperluan katil khas untuk suaminya yang lumpuh berakhir apabila Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) prihatin menyumbangkan keperluan itu hari ini.
  • SEPANG - Kira-kira 1 tan metrik sampah di Pantai Bagan Lalang di sini berjaya dikumpul dalam masa setengah jam oleh peserta Program Singgah Mesra Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) semalam.
  • KLANG - Sepuluh laluan utama di sekitar Bandar Klang akan ditutup bagi perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy yang dijadualkan berlangsung Selasa ini.
  • PETALING JAYA - Isu banjir kilat yang menyelubungi penduduk di Lengkuk Golf SS7 bakal diselesaikan selepas permasalahan itu mendapat perhatian pihak berwajib.
  • Bukan sahaja menjejaskan pemandangan bahu jalan dengan longgokan sampah, hutan bakau sepanjang pesisiran pantai di Bagan Sungai Kajang, di sini berisiko berdepan kebakaran terbuka.
  • Kebajikan seramai 80 anak penduduk dalam Dun Permatang dibela sebaiknya apabila mereka menerima sumbangan kelengkapan sekolah sekali gus meringankan beban keluarga.
  • PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor menahan dua bot membawa penumpang lebih muatan, semalam.
  • Penduduk dan peniaga pasar pagi Sungai Long berharap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan tapak pasar pagi yang bersesuaian dan kekal untuk mereka menjalankan urus niaga.
  • PUCHONG - Prihatin dengan nasib kanak-kanak yang masih belum membeli peralatan sekolah, Team Marhaen Puchong tampil memberi sumbangan kepada 55 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan.
  • PETALING JAYA - Sejumlah 522 kes dicatatkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melibatkan peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) tahun ini.
  • KLANG - Kira-kira 80 orang murid berusia antara 8-16 tahun menerima sumbangan peralatan dan kelengkapan sekolah bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.
  • KLANG - Kira-kira 30 tan sampah berjaya dibersihkan hasil kerjasama semua pihak dalam gotong-royong sempena Operasi Wabak Denggi di Pangsapuri Idaman, di Taman Sentosa, di sini, hari ini.
  • SUNGAI TENGI - Projek Tanaman Nenas Millie Dilard 2 (MD2) bakal dilaksanakan di Felda Sungai Tengi bagi menampung pendapatan peneroka yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi sawit.
  • KUALA LUMPUR - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) antara parti politik yang masih setia menyokong Umno ketika parti itu berhadapan pelbagai cabaran termasuk beberapa rakan parti komponen telah keluar daripada BN.
  • SHAH ALAM - Seramai 600 murid sekolah rendah dan menengah terpilih menerima set pakaian seragam sekolah serta baucar buku bernilai RM200 sempena program ‘Prolintas Back to School’.
  • Program Festival Makanan Warisan Selangor yang dianjurkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dilihat mampu untuk mengimbau tradisi yang kita warisi.
  • SHAH ALAM - Lima puluh lima keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli Air Kuning Bukit Bandaraya, di sini, mendapat perhatian PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) apabila menerima sumbangan sejumlah RM26,000 bagi meringankan beban kewangan mereka sempena musim persekolahan awal tahun depan.
  • SABAK BERNAM - Kira-kira 360 hektar ladang benih padi di kawasan pengairan Sungai Leman di sini, dikhuatiri terjejas berikutan serangan hawar bulir bakteria (BPB) pada musim tuaian kali ini.
  • SHAH ALAM - Persiaran Bandaraya di Dataran Kemerdekaan di sini, akan ditutup hingga 12 tengah malam esok.
  • KUALA LUMPUR - Program Jualan Ikan Harga Patut oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) di Jalan Pahang pagi ini kurang mendapat sambutan.
  • PELABUHAN KLANG - Seorang wanita warga emas yang kurang upaya nyaris rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Pendamar Fasa 2 di sini, pagi tadi.
  • KUALA SELANGOR - Musibah banjir 'termenung' yang melanda Kampung Asahan, di sini dilaporkan beransur pulih selepas sesi percubaan pam baharu beroperasi dengan baik
  • KUALA LUMPUR - Siling Plaza Tol Rawang Selatan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menghala Lebuhraya Guthrie di sini, diterbangkan ribut berikutan hujan lebat hari ini.
  • ULU YAM - Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila kaki kirinya tersepit dalam longkang kecil berhampiran rumah jiran, petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - Mayat seorang warga Indonesia yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Batu berhampiran Masjid Abu Hurairah Batu 5 Jalan Ipoh petang semalam ditemukan jam 2.56 petang tadi.
  • KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan kit peralatan persekolahan kepada anak-anak Rohingya di Malaysian Humanitarian Aid And Relief (Mahar) Humanitarian Centre, Sri Rampai, di sini.
  • KUALA KUBU BHARU - Penutupan sementara Jambatan Sungai Kerling di Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim yang dijadualkan pada 22 dan 23 Disember ini ditangguhkan.
  • SHAH ALAM - Insiden yang berlaku di kedai dobi sebelum ini nyata masih belum cukup memberi pengajaran kepada masyarakat.
  • SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai mengesan waris kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, Nur Alisha Rashdin Abdul Rashid.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf