Anwar hadir Iftar Perdana
Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Iftar Perdana di 52A, Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, petang tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu serta barisan pimpinan Harapan Negeri.
Pada majlis berkenaan, Ahmad Faizal serta Anwar turut berucap, sebelum berbuka puasa bersama orang ramai.
Laporan skuad Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.