Now Playing Perigi berusia 100 tahun

Sebuah perigi lama dipercayai berusia kira-kira 100 tahun di Kampung Rantau Panjang, di sini, masih utuh walaupun tanah di sekelilingnya sudah runtuh akibat hakisan. Terletak di tebing sungai Rompin, ia merupakan milik ketua kampung pertama di situ yang dikenali sebagai Omar Awang Kechik, dibina pada awal 1900 untuk kegunaan keluarganya pada ketika itu. Oleh kerana keunikannya, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rantau Panjang ketika ini merasakan ia perlu dipelihara sebagai tinggalan sejarah. Laporan MOJO Sinar Harian Rompin, Muhayudin Salleh.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf