Laksana operasi pemutihan bubu naga
Jabatan Perikanan Negeri Perak bakal melaksanakan operasi pemutihan dan pembersihan bubu naga yang diharamkan penggunaannya bagi memastikan tiada nelayan menyalahgunakan peralatan itu pada masa hadapan.
Tindakan tegas itu dibuat susulan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub yang berjanji akan membawa isu penggunaan bubu naga yang menjejaskan pendapatan nelayan di Pantai Remis ke Kabinet, 9 Julai lalu.
Pengarah Perikanan Negeri Perak, Zaki Mokri berkata, mana-mana bubu yang didapati menggunakan lebih dua injap dianggap menyalahi undang-undang dan selepas itu, bubu tersebut bakal dilaksanakan pemutihan.
IKUTI LAPORAN MOJO SINAR HARIAN PERAK, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN