KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi 21 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlatfa).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, 21 pertuduhan itu melibatkan dana sebanyak RM2.6 bilion (AS$681 juta).

"Sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, Lima pertuduhan melibatkan penggunaan wang haram dan tujuh pertuduhan melibatkan wang haram ke entiti lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya tangkapan dan pertuduhan ke atas Najib dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).