Bagi penggemar-penggemar pasta, anda kini boleh merasai keenakan pasta ‘buatan sendiri’ di Impromptu Cafe, sebuah kafe yang pakar di dalam pembuatan pasta. Terletak di Aras 1, Menara Hap Seng, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, ia merupakan sebuah kafe konsep moden yang selesa untuk dikunjungi.

 Di Impromptu Café, ruang makan lebih kepada konsep terbuka. Pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menjamu mata melihat suasana luar kafe. Selain itu, suasana di situ juga tidak terlalu sibuk dan sesuai sekiranya anda mahu mengadakan perbincangan bersama rakan sekerja atau teman istimewa.

Menariknya, pasta di Impromptu dibuat sendiri oleh chef-chef yang dilatih khas di dalam pembuatan pasta. Sebut sahaja apa jenis masakan pasta yang anda inginkan, spageti, linguine, fettuccine, ravioli, gnocchi dan lain-lain, semuanya ada di sini.

Ketika krew RASA membuat kunjungan ke situ, kami dapat melihat sendiri bagaimana Demi Chef Impromptu Café, Tunku Khawarizmi membuat pasta. Kami dapat melihat bagaimana proses membentuk doh menjadi hidangan pasta yang anda minati. Daripada proses menguli doh sehinggalah proses memasak, jadi anda tidak perlu meragui status halal pasta yang disediakan.

Menariknya, hidangan pasta di Impromptu Café dibuat secara fusion ala tempatan iaitu gabungan Barat dan tempatan. Pasti anda terkejut apabila mendengar nama hidangan Pasta Percik, Pasta Masak Kicap, Sup Pasta, Pasta Cendawan Goreng dan sebagainya. Gabungan inilah yang menjadikan ia sebuah kafe yang istimewa untuk dikunjungi.

Selain hidangan pasta, makanan-makanan lain juga tidak ketinggalan boleh didapati di sini. Anda boleh mendapatkan Nasi Lemak Biasa seawal jam 7 hingga 11 tengah hari. Bagi yang mementingkan penjagaan kesihatan, bolehlah memesan Muesli untuk hidangan sarapan pagi anda.

Menurut Pengurus Impromptu, Muhammad Addin, sejak kafe ini dibuka pertengahan tahun lalu, sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Pelanggan kebanyakannya terdiri daripada pekerja-pekerja pejabat berdekatan dan beberapa pelancong luar yang sangat menyukai hidangan yang ditampilkan di Impromptu.

 “Kebanyakan pelanggan kami amat meminati makanan. Jadi mereka pandai menilai dan membezakan sendiri kualiti makanan di sini berbanding dengan beberapa restoran lain yang pernah dikunjungi.

 “Apabila mereka menikmati pasta di sini, mereka tahu akan kesegaran pasta yang segar dan baru dimasak berbanding pasta kering yang sudah tersedia di pasaran. Selain itu, kami juga mempunyai pelbagai menu nasi  bagi pelanggan yang mahukan hidangan berat di waktu tengah hari,” jelas Addin panjang lebar.

 Antara menu hidangan nasi yang disediakan pada waktu tengah hari ialah set Nasi Lemak Chicken Drumstick (RM14.90), Garlic Fried Rice With Balinese Beef Rendang (RM12.90), Sweet & Sour Chicken Drumstick With Impromptu Rice, Chicken Mushroom Swiss With Impromptu Rice Tarlet (RM17.90) dan lain-lain lagi.

 Selain itu, kata Addin, pelanggan boleh juga memilih makanan ringan seperti Beef Ciabbatta (RM18.90) dan Impromptu Lamburger (RM17.90). Ada juga hidangan untuk pembuka selera seperti Fresly Tossed Caesar Chicken (RM14.90), Salmon (RM15.90), Japanese Wafu Dressing (RM11.90), Curry Soft Shell Crab dan lain-lain lagi.

 Bagi penggemar kek pula, anda boleh juga menikmati hidangan kek sebagai pencuci mulut. Cheese Brownies yang enak hanya RM9.90 sepotong, Tiramisu (RM8.90) dan Grapes Cheesecake (RM9.90). Kek yang dibuat sendiri ini tentunya merupakan salah satu hidangan pilihan anda apabila selesai menjamah hidangan berat.  Jadi, apa tunggu lagi, silalah membuat kunjungan ke Impromptu Café sekarang. Ia dibuka setiap hari kecuali hujung minggu bermula jam 7 pagi sehingga 6 petang.

BAHAN-BAHAN:

  • *10gm serbuk agar-agar
  • *200gm gula pasir
  • *1000gm air
  • *4 sudu makan tepung kastard
  • *400gm susu cair (1 tin)
  • 1 bungkus sumi atau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Susun sumi di dalam bekas dan bekukan sebentar (15-20 minit) di dalam peti sejuk dingin beku.
  2. Satukan semua bahan bertanda * di dalam periuk dan kacau sebati. Masak di atas api sehingga agaragar larut.
  3. Angkat periuk dan biarkan adunan sedikit suam (tidak terlalu panas). Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan jika suka. Tuang adunan kastard ke dalam bekas yang berisi sumi beku. Sejukkan semula sehingga kastard mengeras.
  4. Untuk membuat sos kastard untuk dituang di bahagian atas; satukan kesemua bahan untuk sos kastard dan masak di dalam periuk. Kacau dan masak hingga sos memekat. Angkat dan sejukkan.
  5. Untuk menghidang, keluarkan puding dan tuangkan sos kastard di atasnya hingga meleleh untuk lebih sedap dan lemak.