Ada antara anda yang dah dapat gaji jadi teringin nak makan luar. Sesekali belanja keluarga makan sedap sikit, apa salahnya kan? Puas fikir tapi masih tak ada idea nak makan di mana.

 

JOM, PEKENA STEAMBOAT!

Jadi hari ni, RASA nak suggest satu tempat makan yang sesuai untuk pergi bersama keluarga. Lebih lagi jika anda penggemar steamboat. Di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet, ada pelbagai pilihan makanan yang boleh anda cuba.

Steamboat di sini mempunyai dua pilihan kuah, iaitu tomyam dan sup. Jadi sangat sesuai untuk yang gemarkan kuah pedas mahupun yang bawa anak kecil. Selain pilihan untuk steamboat, anda juga boleh menggril pelbagai jenis protein mentah seperti ayam, daging dan makanan laut. Yang pasti, semuanya sudah diperap dengan rempah istimewa dan rasanya juga sedap.

 

steamboat

 

SPECIAL!

Satu lagi yang menarik di D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet ini, setiap hari akan ada "Kambing Fiesta". Buat peminat daging kambing, sesuai sangatlah anda datang ke sini.

 

steamboat

 

BERBALOI-BALOI!

Untuk lebih kurang 150 pilihan makanan di sini, RASA berpendapat caj yang dikenakan tidaklah begitu mahal. Hanya RM33++ untuk dewasa manakala kanak-kanak pula dikenakan bayaran RM18++.

 

steamboat

 

WAKTU OPERASI:

Restoran ini dibuka bermula jam 5.00 petang sehingga 1.00 pagi. Setiap Ahad, mereka mengadakan promosi "Sunday Lunch" bermula jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dan caj yang dikenakan cuma RM22.90++ untuk dewasa dan RM9.90++ untuk kanak-kanak.

Bagi yang mahu mencuba steamboat dan daging kambing panggang di sini, ini alamatnya:

 

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET,

Sri Acapella Service Apartment,

No. 1, jalan Lompat Tinggi 13/33,

Seksyen 13, Shah Alam,

40100, Selangor Darul Ehsan.