"Cemerlang dalam peperiksaan mungkin boleh jadi asbab anak kita berjaya. Namun tak semua anak-anak boleh ditolak jadi begitu. Sukarnya nak beri orang lain faham tentang anak kita.

Inilah sebahagian coretan seorang bapa dikenali Khairul Hakimin Muhammad menerusi akaun facebooknya, baru-baru ini.

Semuanya berkisar tentang Hari Kecemerlangan anak dan apa yang ayah emak patut lakukan.

Ikuti selanjutnya coretan beliau..

 

**********

 

Saya duk baca banyaknya komen dan tulisan tentang Hari Kecemerlangan anak-anak yang ada kata wajar diadakan, ada kata tak. Dari perbincangan elok-elok di media sosial, akhirnya jadi gaduh dan perli-perli.

Emak-emak, ayah-ayah yang ada anak pandai, pergi cakap gitu gini ke emak ayah yang ada anak kurang cemerlang. Dan yang tak berapa nak cemerlang ini pula, lawanlah sampai pengsan kata A tak penting mana begitu begini.

Inilah emak ayah zaman ini. Untuk anak, memang kita berusaha nak jadikan semuanya baik-baik belaka. Namun kawan-kawan, perbuatan perli, menyakitkan hati, berkata kasar tetap tak baik.

Saya hantar anak saya ke sekolah sekitar umurnya 4 tahun lebih. Memang ya, beliau tak cemerlang macam anak orang lain. Kami ada alasan tersendiri kerana si kecil kami ini perlu consume ubat yang agak lama menjadikan beliau kurang fokus, hyper dan sering sahaja bosan kepada 1-1 hal. Namun setiap kali ada anugerah apa-apa, dia akan tanya beribu-ribu kali, berulang-ulang kenapa dia tak dapat hadiah?

Saya berusaha cari jawapan untuk semua ini dan bolehlah kata dia ok selepas ini yang kami duk buat.

1. Cerita sahaja benda betul.

Contohnya, ada Hari Keusahawanan. Yang mana dia perlu hias kedai dia, perlu jaga kedai dan sebagainya. Namun dah jenis tak fokus, dia berlari sana sini, hilang sahaja pergi melepak di gerai kawan, akhirnya dia tak menang apa-apa. Cakap benda yang benar. Dan beritahu dia yang dia boleh menang sekiranya dia buat ABC sampai Z. Dia akan faham.

 

2. Selesai majlis, bawa dia terus pergi makan di luar.

Tak boleh balik rumah.....

 

[ SAMBUNGAN ARTIKEL DI SINI: Tak ada rezeki nak naik pentas..ibu ayah wajar raikan juga anak walau mereka tak cemerlang ]