SELAIN memperkenalkan mandian dan losyen, Amouage turut melancarkan ‘Truly’, tambahan terbaharu rangkaian produk lilin dan semburan bilik yang menjadi haruman terbaharu “Midnight Flower Collection” (Koleksi Mekar Malam). Haruman utama dibentuk oleh campuran resin Benzoin dengan cengkih untuk mencerminkan kenyamanan dan kehangatan sesebuah perapian rumah. Lilin ‘Truly’, yang dipersembahkan dalam bekas kaca Itali merah karang berhiaskan tulisan keemasan dan putih, dirumuskan dengan lilin mineral terbaik untuk menyebarkan haruman paling kuat dan boleh menyala sehingga 40 jam. Semburan bilik pula diadun untuk menghasilkan keberkesanan maksimum dan sentuhan kemewahan di setiap bilik yang kekal selama berjam-jam.