BUKAN mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan. Tetapi tahukah anda bahawa satu gelas susu semasa sarapan memberikan anda semua nutrien yang diperlukan untuk sarapan, beserta protein?

Pakar pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee berkata, protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku.

Menurutnya, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan.

"Oleh itu, sarapan kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20 hingga 25 peratus daripada keperluan nutrisi harian.

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita, hanya dengan minum satu gelas dapat membantu memenuhi lebih dari 50 peratus keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara mudah," katanya.

Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih dari RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8 Oktober sehingga 11 November depan.