KOTA BHARU - Usaha untuk menubuhkan Pusat Tahfiz Dewan Tok Kenali bagi meneruskan legasi keilmuan ulama terkena Nusantara itu sudah memasuki tahun kesembilan pembinaannya.

Cucu Tok Kenali juga Penasihat Masjid Tok Kenali, Lokman Ahmad berkata, hal itu disebabkan pihaknya yang juga generasi ulama tersohor tersebut menghadapi kekangan dana untuk menyiapkan kelengkapan dalam bangunan tiga tingkat tersebut.

“Keseluruhan dana yang diperlukan adalah RM350,000 bagi membina bangunan yang dilengkapi dengan bilik kelas pelajar, dewan makan, asrama, dewan serba guna, bilik syarahan, bilik bacaan dan Muzium Tok Kenali.

“Sekarang masih lagi memerlukan keperluan bahagian di tingkat dua dan tiga bangunan serta dalam dewan seperti kelengkapan perabot untuk kegunaan para tahfiz dan pemasangan pendawaian dan air yang dianggarkan menelan belanja lebih RM100,000,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Dewan Tok Kenali 553104411293 atau hubungi Lokman di talian 09-765 4666 atau 012-9540237 atau dating ke dewan berkenaan di Pondok Tok Kenali, Persimpangan Tok Kenali, Kota Bharu.