PONTIAN - Seorang lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang ketika mencari ayam hutan di ladang kelapa sawit petang semalam, ditemui selamat oleh orang awam.

Bahtiar Sani, 50, ditemui dekat Kampung Pontian Besar Kiri, kira- kira jam 11 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Lama, PBK 11, Julia Sani berkata, pihaknya bersama lapan anggota pergi ke tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Mangsa ditemui pada jarak 25km tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Ketika ditemui mangsa dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan yang menimpa mangsa.

"Mangsa telah dihantar ke balai polis berdekatan bagi  tindakan selanjutnya," katanya.