BERIKUTAN gempa bumi 7.4 magnitud disusuli dengan kejadian tsunami melanda bandar Palu dan juga Donggala Sulawesi Tengah, Indonesia, Global Peace Mission (GPM) Malaysia melancarkan tabung bantuan kemanusiaan #PeduliGempaSulawesi bagi membantu mangsa terjejas.

Dalam kenyataan media GPM Malaysia, sehingga makluman ditulis seperti dikemaskini oleh Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) sehingga jam 1 tengah hari pada 30 September lalu menyatakan jumlah mereka telah terkorban adalah seramai 832 orang dan sejumlah 540 cedera parah.

Sejumlah 16,732 mangsa kehilangan tempat tinggal dan kira-kira 1.5 juta mereka yang terkesan dengan bencana alam ini.

Berdasarkan laporan dikeluarkan Asean Coordinating Centre for Humanitarian Assistance (AHA Centre), bantuan kemanusiaan asas yang diperlukan ketika ini adalah makanan siap saji, bekalan air bersih, sanitasi dan kit kebersihan, keperluan perubatan, kit kebersihan untuk wanita termasuk keperluan lain bukan makanan (non food item) seperti khemah.

GPM Malaysia sudah berhubung dengan GPM Indonesia bagi mengatur penghantaran barang-barang bantuan kemanusiaan kepada masyarakat terjejas khususnya mereka berada di Kota Palu dan Kabupaten Donggala dalam kadar segera.

Rakyat Malaysia ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia boleh berbuat demikian melalui butiran berikut :

1. Sumbangan dalam talian : www.billplz.com/gempasulawesi

2. Deposit/pindahan ke akaun GLOBAL PEACE MISSION :

Maybank : 5642 2161 1602

Bank Islam : 1402 3010 02922 4

Ref : tsunami

e-mel : gpmkewangan@gmail.com

 

GPM mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan menyeru agar usaha bantuan kemanusiaan ini diberikan sokongan oleh semua.

Segala maklumat lanjut mengenai misi menghantar bantuan kemanusiaan #PeduliGempaSulawesi ini boleh berhubung dengan Ketua Pegawai Operasi, Syahrir Azfar di talian 013 222 6057 atau emel di gpmhq@yahoo.com.