HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) sebuah syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products mengumumkan para pemenang Kempen Ke-18 yang telah dijalankan pada bulan September hingga November 2018 yang lalu.

Sehingga kini lebih RM3.3 juta telah diagihkan kepada para pemenang Kempen Promosi sejak kempen pertamanya yang berlangsung pada tahun 2015.

Para pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga Kempen Ke-18 Best Products masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150,000, RM30,000 dan RM3,999.

Buat julung kalinya, para pemenang dirai pada Malam Gala HDS bersama seluruh kakitangan mereka di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling; Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Bin Ariffin dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan & Penghargaan Pelanggan ‘Best Products’, Ahmad Md Isa.

Majlis diserikan denga tiga selebriti dan duta Best Products iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Ramlah Ram, serta duta terbaru mereka iaitu Elyana.

Pemenang hadiah utama Kempen Ke-18 Best Products, Patimah Abd Aziz, 63 tahun, daripada Skudai, Johor merupakan seorang suri rumah.

“Saya amat teruja kerana seumur hidup, belum pernah dirai sebegini meriah terutamanya bersama para selebriti pujaan hati saya,” katanya.

Manakala Pemenang kedua dan ketiga Kempen Ke-18 Best Products, masing-masing adalah Salomah Binti Mistan, 56, daripada Air Hitam, Johor dan Jamilah Jusoh, 59, daripada Kemaman, Terengganu.

Ahmad Md. Isa berkata, setelah tiga tahun beroperasi, kami amat terharu dengan sambutan yang tidak putus daripada rakyat Malaysia.

"Jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti Best Products kerana lebih banyak hadiah menarik serta tawaran yang lebih hebat menanti anda pada tahun hadapan,” katanya.

Pada majlis yang penuh meriah itu, HDS turut mengumumkan bahawa syarikat bakal mengembangkan model perniagaan pesanan pos mereka dalam aspek digital.

Mei Ling berkata, HDS bakal mengetengahkan platform digital untuk para pelanggan kami kerana kini, teknologi digital dalam dunia perniagaan bukan lagi sesuatu yang asing dan bakal menjadi keperluan.

“Kami sentiasa memikirkan pelbagai inisiatif baharu pada setiap penggal dan kami yakin bahawa perkembangan ke arah digital ini merupakan satu langkah yang baik bagi memenuhi kehendak pelanggan masa kini dan yang akan datang,” katanya.

Kempen Promosi Ke-19 Best Products juga sedang berlangsung dan akan berakhir pada 28 Febuari 2019, sila layari laman sesawang www.bestproductsmy.com untuk maklumat lanjut bagi menyertai kempen tersebut.