|
JENAYAH
JENAYAH
KUANTAN - Gara-gara diperdaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud, seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM16,000 Jumaat lalu.
  • PORT DICKSON - Selepas enam bulan dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun dan pecah rumah di daerah ini, geng Dini akhirnya tumpas apabila tiga ahlinya termasuk ketua ditahan minggu lalu.
  • KANGAR - Tiga pengedar dadah yang juga sahabat baik ditahan polis bersama sejumlah dadah disyaki jenis syabu bernilai RM9,222 di sebuah hotel di daerah ini, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan dengan tawaran pinjaman peribadi daripada individu yang mendakwa mereka adalah ejen koperasi.
  • SHAH ALAM - Polis menahan 10 lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung sekumpulan individu menghalang lalu lintas dan bermain mercun di tengah jalan di bulatan Simpang Lima, Klang dekat sini baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh bapa bekas teman wanitanya dengan menikam mangsa menggunakan dua bilah pisau, dua minggu lepas.
  • JOHOR BAHRU - Sepasang suami dan isteri ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak lelaki 5 tahun, semalam, selepas disyaki menjadi mangsa dera.
  • KUALA LUMPUR - Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan satu demi satu pendedahan kes rasuah yang dilaporkan media, sekali gus membuktikan gejala itu yang menular dalam masyarakat seakan belum menemui titik noktahnya.
  • BUKIT MERTAJAM - Seorang paderi ditahan selepas didakwa mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 1 Disember lalu di pangsapuri Pinang Laguna 2, Perai di sini.
  • KUANTAN - Polis mengenal pasti lima individu dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur di Kuantan, semalam.
  • BUTTERWORTH - Mayat seorang lelaki ditemukan dengan beberapa kesan kelar dan tikaman di badan serta leher dipercayai dibunuh sebelum dibuang ke dalam longkang di Jalan Bunga Raya Merah Satu, Raja Uda di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai terjatuh lalu terhantuk ke dinding ketika bertengkar dengan seorang lagi wanita di pangsapurinya di Kepong, pagi tadi.
  • Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud.
  • KUALA LUMPUR - Polis merampas 4.5 tan dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM225 juta sepanjang tahun ini, satu peningkatan yang cukup ketara berbanding keseluruhan rampasan dari tahun 2014 sehingga tahun lepas yang berjumlah 3.6 tan.
  • KUALA TERENGGANU - Polis menahan 28 pengedar dan penagih dadah dalam Op Bersepadu Narkotik yang dilaksanakan selama dua hari sejak semalam di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
  • KUANTAN - Tindakan pantas pasukan polis di daerah ini telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 18 tahun bagi membantu siasatan berkenaan kes kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk di sini, Rabu lalu.
  • ALOR SETAR - Polis menahan tiga remaja lelaki yang cuba meragut seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) di hadapan sebuah bank di pekan Kulim, semalam.
  • PELABUHAN KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas sejumlah 4,560 karton rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM748,320 termasuk cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran dalam serbuan di tepi Sungai Bagan Tengkorak, Kuala Selangor dekat sini awal pagi tadi.
  • BESUT - Seorang lelaki ditahan polis selepas gagal melarikan sebuah lori treler yang dipercayai dicuri di Jengka, Pahang pagi tadi.
  • KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dirompak dua lelaki pada 6 Disember lalu.
  • Polis memaklumkan kejadian kanak-kanak hilang yang didakwa dilarikan penjenayah di Pusat Beli Belah, Paradigm Mall, di sini, semalam adalah tidak benar.
  • Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menemui 12 bungkusan plastik berisi 60 kilogram daun ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kelawar, di sini.
  • GEORGETOWN - Lima anggota polis yang ditahan berkaitan kes kematian anggota Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut ditukarkan tugas serta merta.
  • GEORGETOWN - Laporan siasatan kes kematian anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dijangka siap minggu depan.
  • KUALA LUMPUR - Misteri kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan pada 14 Jun tahun ini, belum lagi terjawab dan mengundang pelbagai spekulasi.
  • BAYAN BARU - Seorang pekerja kilang dicekup selepas didapati mencuri 11 jenis barangan kosmetik di sebuah pasaraya di sini, dua hari lalu.
  • KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian lebih RM100,000 selepas rumahnya dipecah masuk dua lelaki pada 6 Disember lalu.
  • BAYAN BARU - Seorang lelaki ditahan oleh pengawal keselamatan sebuah pasaraya terkenal di sini selepas didapati mencuri kereta mainan di premis berkenaan.
  • PUTRAJAYA - Polis menahan tiga lelaki ketika disyaki cuba mencuri kabel di dalam bilik generator pangsapuri Presint 18 di sini kira-kira jam 2 pagi ini.
  • KOTA KINABALU - Polis Kota Kinabalu menahan 70 individu dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh operasi yang dijalankan selama 11 hari bermula pada 8 Disember lalu.
  • KEPALA BATAS - Seorang peniaga wanita kerugian RM 10,000 selepas dipercayai terperdaya dengan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal hari ini.
  • KUANTAN - Seorang peguam berputih mata selepas ditipu RM107,500 oleh ahli sendiket yang menawarkan pakej pelancongan dan percutian tidak wujud, enam bulan lalu.
  • SERDANG - Seramai 32 warga China yang ditahan di sebuah banglo dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian, semalam direman selama empat hari bagi bagi membantu siasatan.
  • KEPALA BATAS - Polis menahan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan kes seorang wanita maut manakala dua lelaki yang juga rakan sekerjanya cedera parah dalam kejadian tetak di kilang pemborong makanan sejuk beku di Kampung Selamat dekat sini Rabu lepas.
  • KUANTAN - Seorang peniaga rugi lebih RM18,000 akibat terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam menyamar sebagai kakitangan syarikat telekomunikasi di sini, semalam.
  • SERDANG - Tindakan sindiket perjudian atas talian yang berselindung di sebalik kawasan perumahan elit di sini, terbongkar apabila markas sindiket itu diserbu polis petang tadi.
  • NILAI - Polis percaya dapat melumpuhkan kes pecah rumah di daerah Nilai terutama di kawasan sekitar Taman Semarak di sini berikutan tertangkapnya seorang lelaki warga asing (Indonesia) dalam Ops Poket semalam.
  • GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang menahan lima anggotanya semalam bagi membantu siasatan berhubung kes seorang anggota polis Cawangan Khas yang ditemui mati dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan hotel di Pulau Tikus, di sini Isnin lepas.
  • GOMBAK - Polis merampas tiga pucuk senjata tiruan dengan puluhan paket dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lee Kim Sai, Rawang, di sini, semalam.
  • KUANTAN - Gara-gara diperdaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud, seorang peniaga mengalami kerugian hampir RM16,000 Jumaat lalu.
  • Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tetak di sebuah stor penyimpanan barangan sejuk beku di Tingkat Selamat 2, di sini, petang tadi.
  • IPOH - Seorang warga emas kehilangan wang simpanan berjumlah RM55,000 selepas ditipu satu sindiket scam yang menyamar sebagai pekerja pejabat pos dan pegawai polis, dua minggu lalu.
  • KUALA LUMPUR - Polis sedang meneliti lebih lanjut video kejadian rusuhan hingga menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, bagi mengesan mana-mana individu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kejadian terbabit.
  • KOTA BHARU - Seorang ahli perniagaan di Kuala Krai berputih mata apabila kerugian RM6.7 juta gara-gara ditipu sindiket Macau Scam membabitkan lebih 10 transaksi tunai dalam tempoh sebulan.
  • BUKIT KAYU HITAM - Seorang suri rumah warganegara Thailand ditahan selepas cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 2.20 kilogram, di lokasi pemeriksaan penumpang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia( JKDM) di sini, Ahad lalu.
  • MIRI - Seorang suri rumah kerugian RM5,300 ditipu teman Facebook dari England yang baru dikenali selama tiga hari setelah dijanjikan diberikan barang bernilai RM80,000.
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor membuat serbuan ke atas tiga premis berasingan yang disyaki menjalankan sindiket judi atas talian di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Seri Alam.
  • ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki bersama dadah seberat 34.62 gram dianggarkan bernilai RM1,950 dalam hasil pemeriksaan dijalankan di tepi jalan Kampung Paya Kelubi, Jalan Jenun, Pendang.
  • KUANTAN - Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes pecah premis perniagaan dan bilik asrama di daerah ini berikutan tertangkapnya enam anggota Geng Tatoo dipercayai dalang kegiatan jenayah tersebut, kelmarin.
  • KUANTAN - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun yang menggunakan parang terhadap seorang wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Pintasan Kuantan pada 8 November lepas.
  • KUANTAN - Bimbang akan ditahan akibat melanggar orang lain sehingga mati, seorang guru wanita mengalami kerugian RM14,000 selepas memindahkan wang berkenaan kononnya untuk menyelesaikan kes itu.
  • SEPANG - Pergaduhan di sebuah bengkel di Taman Putra Perdana, Puchong semalam bukan disebabkan isu perkauman sebaliknya caj baiki kereta yang dikenakan tidak munasabah.
  • BINTULU - Polis membongkar lubuk melepas gian menghisap dadah yang bersembunyi di sebalik rumah kedai.
  • SHAH ALAM - Polis sedang giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pengurus bar yang diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dan kayu di hadapan sebuah pub di 8th Avenue, Petaling Jaya, semalam.
  • JELAPANG - Nota ugutan 'nyawa terakhir' yang diterima seorang lelaki bergelar Datuk rupa-rupanya membawa kepada tindakan nekad dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan tepat ke arah bahagian pemandu kenderaannya di Taman Meru 2B, hari ini.
  • KUANTAN - Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang pekerja ladang warga Bangladesh selepas mayatnya ditemui di dalam parit sebuah ladang kelapa sawit di Bera Selatan 4, Bera, 11 Disember lalu.
  • KUANTAN - Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki selepas diculik enam individu ketika berada di rumahnya di sebuah tanah rancangan Felda di Maran, 10 Disember lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Polis tidak menafikan peningkatan luar biasa kes jenayah terutamanya pecah rumah dan kecurian pada musim banjir di daerah ini berbanding pada hari-hari biasa.
  • KUANTAN - Polis Pahang berjaya menumpaskan Geng Estima Hitam yang disyaki terlibat dalam jenayah kes pecah rumah, curi dan melarikan kenderaaan ekoran tertangkapnya tiga anggota geng itu di Rantau Panjang, Kelantan, 4 Disember lalu.
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf