SERDANG - Seramai 32 warga China yang ditahan di sebuah banglo dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian, semalam direman selama empat hari bagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga Isnin ini.

“Seramai 29 lelaki dan tiga wanita berusia 21 hingga 52 tahun itu mengendalikan pusat judi dalam talian itu dipercayai sejak sebulan lalu.

"Dalam serbuan sama, dua mangsa juga warga China yang diselamatkan dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan dan berada dalam keadaan stabil serta tiada kecederaan serius,” katanya..

Menurutnya, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah pelindungan sementera (IPO) selama 21 hari dan mangsa akan dihantar ke rumah perlindungan selepas selesai mendapatkan rawatan," katanya.