BAHAN-BAHAN:

250gm ikan bilis | digoreng
100gm lobak masin | dipotong halus
20 biji cili padi
5 biji bawang merah | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
20ml air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan lobak masin dan biarkan masak seketika.
  3. Masukkan air asam jawa bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis kacau rata.
  5. Biarkan masak sehingga kering dan angkat.