BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji cili hijau | ambil yang segar/keras
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu teh garam
  • Cuka secukupnya

 

CARA MEMBUAT:

1.  Bersihkan cili dan lap hingga kering. Kemudian potong kecil dan tampi bagi mengeluarkan bijinya.

 

2.  Masukkan 3/4 dari jumlah hirisan cili ke dalam botol kaca. Masukkan gula, garam diikuti lebihan hirisan cili. Ia bertujuan mengelakkan gula dan garam tertumpah.

3.  Kemudian masukkan cuka sehingga memenuhi 2/3 botol berisi hirisan cili tadi. Tutup kemas dan goncang botol bagi melarutkan garam serta gula.

 

4.  Siap! Biarkan selama 24 jam barulah boleh dinikmati.

 

TIP: Botol dan cili kena betul-betul kering. Jika tidak, cili jeruk tidak tahan lama dan akan diselaputi lapisan putih (kulat).

 

 

Kredit resipi & gambar: Nurul Nadia Dan Azhar via MAHN