Seawal jam 9.30 pagi, satu persatu kereta pelanggan memenuhi ruangan tempat letak kereta di hadapan premis Restoran Temerloh Catering. Ruang duduk yang pada asalnya lengang, makin dipenuhi pelanggan yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan istimewa disini. Bagi anda yang mahu menikmati hidangan Tempoyak Ikan Patin, aneka sajian kampung serta masakan ikan sungai  resipi asli dari negeri Pahang, inilah restoran yang wajib anda kunjungi.

Restoran yang terletak di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam Selangor ini  menawarkan pelbagai jenis hidangan lauk pauk asli yang pastinya menambat selera dan dibuka  pada setiap hari.

 

 

Setiap hari restoran ini menawarkan lebih dari 40 jenis lauk pauk buat para pelanggan. Antara menu yang menjadi sebutan dan mendapat permintaan tinggi adalah Masak Tempoyak Ikan Patin Buah, Masak Tempoyak Ikan Pating Sangkar, Ikan Kerai Goreng, aneka masakan ikan sungai lain seperti Kelah, Lampam dan Talapia.  Selain itu terdapat juga hidangan ayam kampung, ulam-ulaman, sambal dan  Puding Raja. 

 

BAHAN BERKUALITI

Hidangan enak semestinya dihasilkan dari resipi asli serta bahan-bahan yang berkualiti. Resipi masak tempoyak ikan patin di restoran ini adalah resipi asli turun temurun milik isteri pemilik restoran ini sendiri. Maka tidak hairanlah rasa dan keenakan sajian ini punya kenikmatan yang tersendiri dan sukar untuk ditandingi.

 

 

Di restoran lain, hidangan Masak Tempoyak Ikan Patin biasanya disediakan cair dan agak berbau, namun berbeza dengan dengan hidangan yang disajikan di Restoran Temerloh Catering. Disini, kuah tempoyaknya lebih pekat serta isi ikan yang tidak berbau. Sangat berbeza dan nyata punya standard yang tersendiri. Selain itu, pemilik restoran ini juga amat menitikberatkan kesegaran dan kualiti bahan-bahan mentah. Beliau akan memastikan bahan-bahan tersebut dibekalkan secara segar dan tidak disimpan lama agar keenakan hidangan terjaga.  

 

RESTORAN YANG  SANTAI  & SELESA

Jika anda mahukan restoran yang selesa dan santai untuk menjamu selera, restoran ini sememangnya lokasi terbaik yang boleh anda tuju. Ini kerana restoran ini menyediakan ruang makan yang selesa yang sangat sesuai untuk menikmati makan tengah hari bersama keluarga. Selain itu, kemudahan tempat letak kereta yang banyak serta servis yang bagus, menjadikan pelanggan selesa menikmati makanan disini.

 

Bagi pelanggan yang datang dari jauh, juga disediakan kemudahan surau dan tandas yang selesa untuk kegunaan mereka. Restoran ini boleh memuatkan seramai 200-300 orang pelanggan pada satu-satu masa. Namun, jika anda datang dalam kumpulan yang ramai, digalakkan untuk membuat tempahan tempat duduk lebih awal. Selain di Shah Alam, Restoran Temerloh Catering juga mempunyai cawangan di Bandar Baru Bangi dan Wangsa Walk, Kuala Lumpur yang dibuka pada setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Selamat mencuba!

 

 

INFO RESTORAN:

  • Restoran Temerloh Catering, 2G, Jalan Pahat J15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

 

MESTI  CUBA:

  • Tempoyak Ikan Patin, Ikan Kerai Goreng, Puding Raja, Asam Pedas Ikan Kelah, Masak Lemak Cili Padi Talapia, Sambal Hitam Pahang, Tapai Pulut dan Aneka Jus.

KELAINAN:

  • Harga berpatutan, kakitangan yang peramah, pilihan sajian asli yang banyak serta enak,
  • Lokasi restoran yang mudah dicari dan suasana restoran yang
  • santai dan menenangkan.

 

Jom tonton video di bawah ini: