Now Playing Kebun sayur di tadika

Meskipun tidak menyertai Pertandingan Kebun Dapur Tabika Kemas tahun ini, namun Jawatankuasa Tabika Kemas Taman Jaya meneruskan usaha menanam pelbagai jenis sayur dan herba di kawasan sekeliling bangunan tabika itu. Usaha itu sebagai menyahut cabaran pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk mewujudkan Kebun Dapur bertujuan untuk menceriakan tabika ini semata-mata serta membolehkan warga Tabika Kemas menikmati hasil tanaman sendiri. Semua jenis sayur dan herba ditanam secara gotong-royong membabitkan ibubapa dan penjaga kanak-kanak tabika, selain turut menyumbang benih pokok serta peralatan dan bahan kitar semula. Laporan Mojo Sinar Harian Bera, Azizah Shafiei.

VIDEO ANDA MUNGKIN SUKA
VIDEO DARI SEMASA
VIDEO DARI DISKUSI
© 2017 All Rights Reserved •Karangkraf Group Media • © 2017 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf