Belajar silat gayong di masjid
PENDANG - Seni Silat Pusaka Gayong adalah warisan seni mempertahankan diri daripada serangan musuh yang diwarisi turun temurun oleh orang Melayu sejak dahulu lagi.
Ia telah lama bertapak di Malaysia dan hari ini warisan seni bela diri Melayu ini semakin hari semakin dilupakan.
Atas sebab inilah pihak masjid Sultanah Haminah, Pendang menubuhkan kelas pengajian dan latihan seni silat Gayong Pusaka Malaysia di masjid berkenaan.
Penasihat pertubuhan yang juga imam masjid berkenaan, Bakar Muhamad berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengembalikan seni warisan ini supaya tidak hilang ditelan zaman.
Laporan Mojo Sinar Harian Utara, NorJuliana Yaacob.