Klang - Bagi membantu ibu bapa leih sistematik dalam memahami anak-anak dan mampu berinteraksi secara berkesan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah menganjurkan seminar keibubapaan bertajuk 'Kelebihan Anak Dihargai Kekurangan Anak Diasuhi'.

Guru Kaunselor Zubaidah Ahmad berkata, seminar anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tengku Ampuan Rahimah itu menjemput pakar motivasi tersohor Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj sebagai panel dan dihadiri 86 ibu bapa.

"Pada seminar ini, Dr Tuah berkongsi ilmu agar ibu bapa lebih peka dan prihatin serta proaktif terhadap kejayaan dan kecemerlangan anak.

"Seminar itu turut mengfokuskan akademik dan sahsiah anak-anak serta memberi kemahiran mendidik ke arah perubahan yang positif dan cemerlang," katanya.

Kata Zubaidah, melalui aktiviti yang diadakan ibu bapa mendapat panduan cara berkomunikasi dan mendidik anak-anak seiring dengan usia serta zaman mereka.

Beliau berharap ibu bapa dapat menggarap potensi anak dalam usaha mengejar kejayaan.

UNTUK MELIHAT LEBIIH BANYAK GAMBAR DI SINI : PIBG SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH JEMPUT PAKAR MOTIVASI UNTUK BIMBING IBU BAPA