Usah biarkan bad mood anda berterusan kerana ada cara mudah untuk menyiang ikan terutama yang bersisik. Selain mempunyai sebilah pisau yang tajam ada beberapa perkara perlu anda lakukan bagi memudahkan proses menyiang ikan.

  1.  Gunakan papan pemotong, alat ini memudahkan proses membuang sisik ikan membelah perutnya. Pilih papan pemotong jenis kayu agar ikan tidak mudah bergerak semasa disiang dan dibuang sisiknya.
  2. Rendam dalam air suam, kemudian tambah dengan sedikit jus limau nipis. Rendam ikan yang akan dibersihkan lebih kurang tiga minit untuk melembutkan sisik ikan. Tetap hati-hati supaya isinya tidak hancur semasa dibersihkan.
  3. Arahkan mata pisau secara menyerong supaya sisik ikan mudah dibersihkan. Kemudian  pegang pisau menggunakan tangan kanan  dan tangan kiri memegang perut ikan. Halakan pisau di bahagian bawah kepala ikan. Arahkan secara menyerong, seterusnya tekan perlahan di bahagian bawah perut hingga ke ekor.
  4. Keluarkan isi perut ikan dan bersihkan di bawah air mengalir.

Semoga petua ini boleh membantu anda mengatasi masalah menyiang ikan di rumah.

.