PUCHONG - Beberapa klip video tular di media sosial merakam detik cemas pemilik sebuah bengkel didakwa menyerang pelanggan menggunakan pemadam api dan pedang di Taman Putra Perdana petang semalam.

Memetik Facebook dalam komuniti taman itu, Zuraini Yusof telah memuatnaik status kejadian itu hingga mendapat 15,000 perkongsian.

Entri itu menjelaskan insiden itu berlaku dipercayai pihak bengkel telah mengenakan cas parkir yang tidak munasabah kepada orang ramai.

Difahamkan, pemiliki kereta Proton Alza menzahirkan kurang senang di atas pembayaran duit parkir yang melampau kemudiannya telah membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tindakan pemilik Alza dipercayai mencetuskan kemarahan pemilik bengkel hingga bertindak menyerang ala gangster ke arah lelaki itu.

Malah pemilik bengkel juga bertindak menghalang kereta Alza dari keluar dari petak parkir.

Difahamkan, pergaduhan mula tercetus dan bertukar ganas apabila pemilik bengkel mengeluarkan kata-kata kesat, menunjukkan pedang malah bertindak mengejar pemilik kenderaan itu.

Bukan itu sahaja, pemilik bengkel juga menyembur alat pemadam api ke arah orang ramai hingga mencetuskan panik, mereka juga melibas pedang, memecah kenderaan yang parkir di lokasi itu.

Zuraini berkata, pemilik bengkel terus memasuki premis mereka dan tidak keluar setelah dipanggil oleh polis.

Namun dikatakan, mereka telah ditahan polis dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Sepang.

Manakala dua lelaki mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Menerusi komuniti taman tersebut, kejadian itu sangat membimbangkan malah kedudukan balai polis agak jauh sedikit sebanyak menyukarkan kerja menyelamat dilakukan dalam tempoh pantas.

Dalam pada itu, penduduk juga dinasihatkan lebih peka kepada kegiatan mencurigakan dan melaporkan kepada pihak berkaitan demi kebaikan bersama.