TATKALA bahang kehangatan aksi final Piala AFF Suzuki 2018 semakin dirasai, pelbagai ramalan mahupun coretan menghujani media sosial dalam tempoh 24 jam ini.

Mana tidaknya, esok, jutaan rakyat Malaysia akan terpacak di kaca televisyen dan memberi sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya bertarung di pusingan kedua akhir menentang Vietnam di My Dinh Stadium, Hanoi.

Pastinya debaran jelas dirasai apabila Malaysia hanya memperoleh keputusan seri 2-2 walaupun pada mulanya ketinggalan 2-0 di aksi final pertama di Bukit Jalil pada 11 Disember lalu dan berharap prestasi Harimau Malaya lebih agresif di pusingan kedua.

Demi menyemarakkan semangat yang membara, Wariscan, sebuah syarikat augmented realiti tampil lebih kreatif  mencipta FB AR effect untuk kita semua yang diilhamkan oleh pengarahnya Mohamad Hilman Nordin.

Kita hanya perlu ambil swafoto sambil mengaum dan kemudian kongsikan dengan teman-teman di media sosial ini.

Jom! jangan ketinggalan menjadi salah seorang penyokong Harimau Malaya dan layari pautan www.facebook.com/fbcameraeffects/tryit/1740621469389608.

Anda yang mempunyai akaun IG boleh mengambil effect ini di facepaint.wariscan.com