BEIJING - CHINA.Lapan terbunuh termasuk seorang anggota polis manakala 22 yang lain cedera apabila sebuah bas yang dirampas individu bersenjata melanggar pejalan kaki di Fujian, semalam.

Susulan insiden jam 3.20 petang 9waktu tempatan) di bandar Longyan, seorang individu bersenjata pisau ditahan pihak polis tempatan untuk siasatan lanjut.

Agensi berita Xinhia melaporkan, suspek adalah seorang warga tempatan berusia 48 tahun dikenali sebagai Qiu.

Qiu dilaporkan menyerang seorang penumpang wanita sebelum bertindak merampas bas berkenaan.

Pada hari kejadian, suspek dikatakan bertengkar dengan seorang pegawai berkuasa yang datang ke rumahnya, kedua-dua mereka dipercayai telah lama bermusuhan.- AFP