USTAZ Radzi atau nama sebenarnya Mohd Radzi Abdul Hamid tidak sempat menyanyikan lagu Cinta Untuk Nabi lah ketika membuat persembahan di Panggung Anniversari malam tadi.

Rakan seperjuangannya, Zack Cool  atau nama sebenarnya Zulkifli Mohammad, 52, berkata mereka mengharapkan Allahyarham dapat menyanyikan lagu berkenaan pada malam tadi.

Katanya, lagu asalnya iaitu Cinta Untuk Nabila telah diubah suai oleh Allahyarham sebelum ini dan disampaikan di beberapa kuliahnya.

"Pemergian Allahyarham adalah suatu kehilangan besar buat kami sebagai rakan seperjuangannya.

"Malah saya turut berada di sampingnya sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Apa yang dapat saya katakan, pemergiannya sangat mudah dan tenang, keadaannya seperti tidur," katanya yang mulai rapat dengan Allahyarham sejak 2006.

Dalam pada itu, Zulkifli selaku wakil Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

"Walaupun ini adalah takdir daripada ALLAH SWT, namun kami tetap rasakan kehilangan beliau," katanya, sebak.