DALAM usaha untuk menyebarkan kebaikan serat kepada warga Malaysia, Calpis, minuman susu kultur pertama di Jepun, telah memperkenalkan perisa terbaharu kepada rangkaian serat Calpis iaitu Calpis Fiber Laici. Calpis Fiber Laici merupakan tambahan kepada rangkaian serat Calpis sebelum ini iaitu perisa Asli dan Oren. Ia mengandungi ‘Polydextrose’, iaitu sejenis serat diet yang membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan microflora usus yang baik. Perisa terbaharu ini merupakan usaha inovatif dalam memastikan rakyat Malaysia memahami kepentingan ‘menggandakan kebaikan dari dalam’ saluran pencernaan dalaman mereka dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.