SEIRING kesedaran wanita dengan solekan, telah memberi impak kepada usahawan untuk mengambil kesempatan itu dalam menghasilkan produk kosmetik.

Buktinya, jenama kosmetik Nur Qiesya, biarpun baharu diperkenalkan, namun sambutannya sangat menggalakkan.

Pengasasnya, Nur Fazlina, 37 sendiri yang meminati dunia kecantikan sejak remaja lagi, mengakui sejak diperkenalkan produk kosmetik jenamanya, sambutan daripada pembeli amat menggalakkan.

Menurutnya, sambutan itu mungkin kerana keinginan wanita untuk kelihatan lebih yakin dan berseri semakin meningkat di tambah naluri wanita itu sendiri sukakan pada kecantikan.

"Oleh itu, dengan penggunaan kosmetik yang betul dan selesa, akan memberikan keyakinan kepada si pemakai untuk lebih ceria ketika menjalankan aktiviti mereka.

"Bagi saya sendiri juga, kerana minat dengan kecantikan dan solekan sejak usia remaja, menggerakkan saya untuk menghasilkan produk kosmetik sendiri yang berkualiti dengan harga mampu milik," katanya.

Dan dari minatnya ke atas kecantikan, tidak kira cantik pada dirinya atau orang lain, membolehkan Nur Fazlina, belajar mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu produk yang sesuai untuk dihasilkan.

"Hasilnya setelah lebih enam bulan melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) sejak awal tahun lalu, akhirnya pada penghujung tahun lalu juga, produk pertama Nur Qiesya berjaya di komersialkan.

"Ia antara jenama yang dihasilkan daripada bahan berkualiti dari kilang Bumiputera yang diiktiraf dan boleh didapati dengan harga sangat berpatutan," kongsinya.

Antara produk yang telah dihasilkan di bawah jenama Nur Qiesya ialah Face Mist, Foundation Glowing SPF 50 (bedak asas), set berus, Unicorn Eye Shadow Glitter Palette, Vitamin C Rosehips dan pilihan tiga wangian Eau De Perfume.

Istimewanya produk Nur Qiesya menjadikan si pemakai tidak perlu risau dengan ketahanannya apabila dipakai dalam jangka masa yang lama kerana semakin lama dipakai, lagi berseri wajah mereka.