TIDAK semua produk solekan meletakkan label tarikh luputnya. Jadi anda perlu memberi perhatian untuk menentukan masa membuang dan menggantikan produk anda. Ini juga bergantung kepada cara penyimpanan solekan dan sama ada ia mempunyai kesan sampingan atau jangkitan apabila digunakan.

Maskara (3-4 bulan)

Maskara adalah produk yang paling perlu diwaspadai kerana bakteria mudah tumbuh apabila dibuka dan batangnya dikembalikan ke dalam tiub. Buang maskara anda selepas empat bulan penggunaan atau apabila terdapat bau seperti petrol yang ketara, dan ganti dengan yang baharu. Sekiranya maskara kering sebelum 90 hari, jangan menambah air untuk melembapkannya kerana ini boleh meningkatkan bakteria pada maskara yang menyebabkan kerengsaan seperti kemerahan, gatal-gatal dan ketumbit.

Eyeliner (3 bulan)

Ramai wanita didapati bersalah apabila tinjauan menunjukkan bahawa eyeliner harus diganti setiap tiga bulan, kecuali eyeliner pensil. Bagaimanapun, demi mata, menggunakan eyeliner lebih lama dapat menyebarkan lebih banyak bakteria dan mengalami kerengsaan berdekatan bahagian sensitif mata. Kes konjunktivitis, kegatalan dan kemerahan yang teruk, akan mengganggu penglihatan dan beberapa aktiviti. Untuk mengelakkannya, tajamkan pensil sebelum menggunakannya.

Bedak Asas Cecair

(6 bulan – 1 tahun)Bakteria suka produk berasaskan air. Sebaik sahaja penutup bedak asas dibuka, ia boleh bertahan selama setahun. Jangan celup jari anda ke dalam botol bedak asas cecair, jauhkan daripada persekitaran haba dan lembap.

Concealer (2 tahun)

Ia berfungsi dengan menutup cela. Buang concealer anda apabila terdapat perubahan warna. Concealer dalam bentuk batang dan serbuk boleh bertahan selama dua tahun.

Bedak muka (2 tahun)

Sekiranya bedak tersebut mengandungi ekstrak botani seperti ekstrak teh hijau, lidah buaya, chamomile, ia mungkin berisiko untuk pertumbuhan bakteria jika dibiarkan terbuka dalam suhu lembap seperti bilik mandi. Perhatikan apabila ia mempunyai perubahan warna dan bau aneh.

Gincu (1 tahun)

Kebanyakan lipstik tidak mengandungi air. Namun, risiko bakteria bertambah disebabkan pengulangan pendedahan kepada kawasan mulut. Gincu tidak patut digunakan jika terdapat perubahan dalam tekstur dan tidak dapat menyebarkan pigmen pada bibir. Sementara lip-gloss akan terasa pelik digunakan selepas waktu luputnya. Gantikan gincu dan lipgloss sekali setahun. Hindari gincu yang dikongsi.