DAGING GORENG SOS LADA HITAM ALA Cina

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging ] hiris nipis, cuci dan tos
  • 50gm batang seleri ] hiris serong
  • 30gm cili benggala merah ] potong dadu
  • 30gm bawang merah ] hiris
  • 15gm lada hitam ] kisar kasar
  • 50gm mentega
  • 10gm sos soya
  • 2gm perasa
  • 1gm gula
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak masak secukupnya ] untuk menggoreng daging


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian gaulkan daging dengan tepung jagung.
  2. Bila minyak panas goreng daging, kemudian angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, kemudian tumis bawang merah, batang seleri dan cili benggala.
  4. Kemudian masukkan hirisan daging, lada hitam, sos soya, garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Gaul rata, selepas itu tutup api.
  6. Segera hidangkan panas-panas.

Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak: Goreng dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan terasa pedas
lada hitam.
Anggaran perbelanjaan: RM20