TUGAS berat menanti Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad tatkala memikul sayap Umno itu setelah BN tidak lagi menguasai kerajaan sejak PRU14 lalu.

Namun berbekalkan iltizam yang jitu, Noraini yakin Umno mampu bangkit untuk terus mendepani liku-liku yang mendatang dan nyatakan tanpa berbelah bahagi bahawa beliau sanggup memikul bebanan itu demi survival Umno.

Mengakui Umno berhadapan cabaran besar, Noraini tidak cepat patah semangat apatah lagi menjelang Perhimpunan Agung Umno 2018 yang pastinya akan membangkitkan semula semangat beliau dan ahli-ahlinya. Ikuti wawancaranya bersama wartawan Sinar Harian MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI.

1) Selepas berapa bulan pasca PRU14 berlalu, apa yang antara Datuk isikan dalam Wanita Umno yang ditinggalkan oleh Tan Sri Sharizat Abdul Jalil?

Lebih kurang 90 hari, sebagai ketua Wanita Umno ada beberapa pengisian yang saya sudah dibuat.

Tapi dalam waktu yang singkat ini, kita telah alami tiga PRK yang mana Wanita Umno sendiri turun padang untuk jalankan tugasan dan peranan mereka.

Bagaimanapun, kita juga turut membuat perjumpaan bersama pemimpin wanita di akar umnbi dan exco yang baru sahaja dilantik.

Dalam pada itu, kita telah ada dua mesyuarat, iaitu antaranya Mesyuarat Exco Wanita, dan dalam mesyuarat ini kita bentangkan cadangan hala tuju Wanita Umno.

Pertama kita akui, kali ini pendekatannya berbeza kerana BN bukan lagi kerajaan, dan mungkin saya mencipta sejarah sebagai ketua wanita pertama dalam wanita Umno ketika Umno/BN menjadi pembangkang.

Tetapi ini tidak menghalang saya bagi terus bekerja untuk memenangi hati rakyat untuk bersama BN dalam PRU15.

Dan saya kira sebagai pembangkang sekarang saya kira kita perlu mainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif.

Jadi saya kira sekarang gerak kerja kita perlu berubah ke arah kebaikan.

Dan ingatan saya, jangan cabar Wanita Umno kerana mereka kalau makin dicabar lagi mereka semangat.

2) Analisis pengundi wanita menunjukkan separuh daripada 14 juta yang mengundi pada PRU14 lalu berapa 'pergi' ke Umno?

Dalam PRU14 lalu kita tengok anak-anak perantau bila balik mungkin, dia balik 'dakyah' yang mana mereka ini mudah terpercaya dengan janji dibuat PH.

Dalam pada itu pada PRU14 lalu, faktor Tun Dr Mahathir dan kos sara hidup jugak perlu diambil kira dan itu tidak boleh dinafikan.

Pengaruh media sosial juga, kita agak kurang dari segi penggunaan alam maya tersebut.

Gerak kerja kita memang perlu baiki terutama mengenai pesepsi yang sentiasa diwujudkan oleh kerajaan terhadap kita.

3) Adakah strategi Wanita Umno sebelum ini sudah ketinggalan zaman?

Saya bagi satu contoh apa yang kita buat iaitu, Rancangan Jalinan Rakyat (JR) plus ianya merupakan satu jentera Wanita Umno itu sendiri yang dipanggil JR.

Dan plus itu siapa? iaitu adalah yang muda puteri, dan pemuda dan komponen parti, sebab itulah kita ada satu JR satu JR plus jadinya JR plus itu agak lambat kita perkenalkan jadinya mungkin kekurangan kita dari segi itu tidak ambil kira berapa perkara, apa yang perlu kita buat kita perlu pandang ke hadapan.

Kita perlu akui mungkin ada kekurangan di pihak kita apabila kita turun ke bawah kita tak ambil kira beberapa perkara.

Jadi setiap wanita kena ambil peranan apa yang saya buat sekarang saya dah ambil kira gerak kerja mereka sebelum PRU dan berdasarkan perkara tersebut kita lihat keadaan itu.

4) Bagaimana pula dakwaan cerdik pandai disekat dalam Umno, hinggakan Umno tidak lagi dipandang oleh golongan tersebut?

Itu isu terpencil, mungklinlah individu... tapi secara keseluruhan Umno ini terima orang sebegitu, macam saya sendiri daripada sektor korporat, saya masuk Umno pun tiada masalah.

Makanya Umno terbuka dan kalau nak cakap Umno tiada pemimpin muda pula kita lihat Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu jadi Menteri Besar Pahang ketika umur 23 tahun.

Dan bagi kami Orang tak undi BN, kerana harapan dan janji yang diberikan kepada mereka oleh pembangkang ketika itu dan maknanya peluang masih ada pada Umno.

5) Datuk bagaimana pula dengan dakwaan berlakunya perpecahan wanita Umno, selepas datuk ambil alih?

Itu tidak berlaku, bila ada pertandingan ia bukan perpecahan tau... ia macam perselisihan faham sahaja.

Sebab kita lihat bila saya panggil mesyuarat semua hadir, saya pun bersikap terbuka saya terima semua padangan.

Jadi ia bukan perpecahan, ia tidak berlaku saya pengerusikan majlis saya dengar semuanya.

6) Ada dakwaan yang mengatakan Wanita Umno sukar bertapak dalam kalangan pengundi kerana imej makcik-makcik?

Makcik makcik ini banyak pengalaman tau, jadi saya nak ingatkan...tapi sebenarnya siapa yang bina persepsi itu?

tetapi kita patut ambil perkara itu sebagai satu cabaran , untuk kita buktikan jangan main-main dengan makcik makcik ini.

Mereka penuh dengan pelajaran ilmu, berpegalaman kenal akar umbi, jadi kita lihat makcik moden yang boleh dibanggakan dan jadi ikon rakyat Malaysia

7) Bagaimana pula dengan pendekatan dan program terbaharu Wanita Umno?

Kita sudah ada program, kalau lihat kita kini dalam rangka jelajah negeri ke negeri itu kita sudah buat tapi kita telah mulakan pada peringkat Wilayah Persekutuan di mana kita ada program dengan bicara hasanah , ia lebih kepada pengisian ilmu dan pengalaman.

Kita juga buat pertemuan dengan pelbagai kumpulan sasaran iaitu dengan usahawan dengan ornag akademik dan dengan orang muda , dengan kumpulan sasar bukan dalaam kalangan kita sahaja.

Selain itu, kita juga jadi mata dan telinga pada rakyat.

8) Adakah agenda PAU 2018 kali ini akan materai kerjasama Umno dengan Pas?

Berkenaan bincang hala tuju kerjasama politik antaran Umno-Pas, biarlah presiden yang buat keputusan.

Tapi saya dengan Muslimat Pas, kini diblok pembangkang jadi kita mahu menguatkan blok pembangkang sebab kita dua parti yang besar , punyai tujuan yang sama untuk Melayu dan juga untuk agama Islam.

Tapi kita tak pernah tinggalkan bangsa lain di Malaysia ini , sebab itu kita bagi kebebasan agama Persekutan Islam dan kerana itulah kita tak tinggalkan bangsa lain kita faham masyarakat majmuk ini.

Alhamdulillah dua parti Melayu, Pas dan Umno, boleh bekerjasama, itu bagi saya cukup baik.

Tiada masalah kita berkerjasama iaitu nak kuatkan blok pembangkang.

9) Adakah benar Umno sudah tiada nampak hala tuju?

Hala tuju umno kita serahkan kepada Presiden, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam PAU ada ucapan presiden dan saya percaya dalam ucapan ini beliau akan terangkan secara terperinci dan menyeluruh, jadi kita hayati bersama-sama nanti.