SIAPA tidak kenal dengan penceramah berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Penampilan beliau yang bersahaja dalam menyampaikan ceramah memberikan keselesaan kepada semua golongan.                

Terbaharu dia mencuri perhatian ramai apabila dengan melakukan 'beatbox' semasa berada di dalam kereta bersama dengan anggota UNIC, Fakhrul.

Video itu dikongsikan oleh Fakhrul sendiri menerusi entri di Instagram (IG) miliknya bersama Ustaz Don dengan menyampaikan Qasidah Qamarun.

"Dak-dak (Budak-Budak) hiphop rapper mohon tercabar, haha," tulisnya ringkas.

Rata-rata mengakui kagum dengan cara beatbox yang dilakukan oleh Ustaz Don mereka menganggap dia merupakan seorang ustaz  yang bersahaja 'sporting'.

Malah perkongsian itu telah mendapat lebih 72,000 tontonan.  

"Okay, ini terkejut... Seriuslah ustaz @ustazdondaniyal beatbox? Terbaiklah," tulis faizza_izlin.

"@aimanluffy19 mohon rasa tercabar," tulis tasyakaifli.

"Bukan biasa-biasa ini ustaz," tulis nur_hanis_natasya_.

"Tolonglah buat rakaman," tulis awananishrayyanmikhail.

"MasyaAllah tabarakAllah... Hebat dua-dua ustaz ini," tulis khairilbob729.

Malah ada juga yang mencadangkan ia dirakamkan menjadi sebuah lagu dan yakin ustaz kesayangan ramai itu juga mampu 'rap'.          

"Terbaiklah. Suka lagu yang muzik dia tak berapa kuat dan tidak rancak, tapi makna lagu itu yang penting dan  mantap sampai ke jiwa bila mendengarnya. Mohon selepas ini buat pula lagu yang macam ini agar penghayatan itu lebih kepada makna lagu @fakhrulunic," tulis hawanoul_aieza.

"Ustaz Don memang terbaik. Sehari dia boleh pakai jubah serban, ajar mengaji. Hari lain dia boleh pakai slack kemeja, main skateboard. Apa lagi yang tak keluar? Cuba suruh rap, mesti dia boleh juga haha," tulis yqasha.