JAKARTA - INDONESIA. Kebiasaannya suasana di hospital 'senyap' bagi menghormati para pesakit serta memelihara ketenteraman awam.

Namun berbeza pendekatan dilakukan oleh para petugas di sebuah hospital swasta di Indonesia apabila mendendangkan lagu dan menari bersama para pesakit.

Kedengaran agak pelik tetapi itu yang dilakukan oleh mereka menerusi sebuah rakaman berdurasi 4.35 minit yang dimuatnaik di Facebook Viral Media Johor.

Malah sehingga kini video itu meraih lebih 120,000 tontonan dan lebih 2,000 perkongsian dari netizen.

Menerusi rakaman itu, difahamkan, para pesakit dan petugas berada di pusat hemodialisis didendangi lagu Sandrina bertajuk goyang dua jari.

Meskipun mereka sedang menjalani rawatan hemodialisis tetapi jururawat tetap ingin menghiburkan hati pesakit.

Rata-rata netizen menyokong tindakan dilaksanakan oleh jururawat itu kerana sentiasa memberi sokongan kepada pesakit menerusi pelbagai cara.

Bagi menghilangkan kesakitan dialami pesakit, pada masa sama pesakit dihiburkan dengan suasana riuh rendah.