SHAH ALAM - Kesedihan tidak tertanggung apabila anak yang dilahirkan mati dipercayai dibunuh dengan kejam dan dibakar tanpa berperikemanusiaan.

Baru-baru ini, tular berita  mengejutkan mengenai  kematian seorang pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) M Suhairi A Wahab, 35, di Kuantan, Pahang.

Mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan terbakar pada badan dan kecederaan pada muka dan kepala.

Terpanggil meluahkan rasa pilu dan sedih, di Twitter, anak saudaranya Norayazid berkongsi kisah duka.

Kehilangan Suhairi jelas menyedihkan seluruh keluarganya yang menyifatkan beliau seorang yang baik dan penyayang.

Aabila melihat tokwan  masih berduka atas kehilangan  anak bongsunya atau lebih mesra dipanggil paksu, dia jua begitu.

"Memilukan, apabila tokwan nampak gambar paksu di televisyen (TV), tokwan cium-cium skrin TV."Perit rasanya mendapat tahu paksu diperlakukan sedemikian rupa, paksu masih bujang, dia selalu jaga tokwan.

"Tetapi ALLAH SWT telah tarik paksu lebih awal membuatkan tokwan rasa sedih. Luluh hati melihat paksu buat kali terakhir. Memang kejam, sanggup buat begitu kepada paksu kami. Beringatlah, ALLAH itu ada," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hutang, isu peribadi motif pembunuhan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dibunuh sebelum dibakar]

Perkongsian kisah hiba itu meraih lebih 4,000 ciapan dari netizen yang turut bersimpati atas apa yang menimpa Suhairi.