GELAGAT seorang murid di sebuah sekolah rendah di China tarik perhatian netizen semasa jururawat dan doktor ingin mengambil darahnya.

Meskipun dia mengatakan dirinya berani, namun melihat raut wajahnya, jelas dia tak keruan.

"Saya seorang lelaki. Saya mesti berani! Saya seorang pengawas matematik. Saya tahu saya boleh jadi berani," katanya berulang kali.

Malah dia juga maklumkan, dia tidak menangis apabila terpaksa beri darah sewaktu di tadika tetapi katanya, guru beri pelekat Ultraman sebagai hadiah.

Namun akhirnya dia mengakui, dia sangat takut.

Tetapi jururawat yang bertugas memaklumkan, dia akan lakukan dengan lembut dan cepat.

Gurunya juga tegaskan dua rakannya sudah melakukannya dan mereka tidak menangis.

Tetapi kata kanak-kanak itu, mereka pengawas, sudah tentu mereka tidak menangis.

Enggan mengalah, dia juga beritahu yang dia juga seorang pengawas matematik dan berani untuk yakinkan diri.

Dengan wajah cuak, murid itu minta supaya doktor itu selesaikan dalam tiga saat.

"Sudah tentu. Saya akan lakukan dalam tempoh tiga saat," kata doktor tersebut,

"Satu, dua, tiga. Selesai."

Malah rata-rata yang menonton terhibur dengan gelagat lucu murid itu. - Sumber:Inkstonenews