PUTRAJAYA - "Kepada pemilik kereta Perodua Myvi berwarna putih yang kemek pintu kiri penumpang, mungkin anda pernah langgar lari di Putrajaya?

Itu kata-kata pemilik Twitter AzmiMiaalia apabila dia mencari pelaku langgar lari hingga mengakibatkan abangnya cedera dan patah tangan kiri.

Menerusi Twitternya, abang mangsa itu telah dilanggar lari oleh pemandu kereta Myvi Putih hingga terbaring di atas jalan raya selama 10 minit.

"10 minit abang saya terbaring tepi jalan tanpa bantuan... Saya positif mungkin awak tidak perasan.

"Kami tidak mintak banyak tetapi kami berharap awak buat laporan polis supaya kami boleh tuntut insurans. Tambahan pula melihat keadaannya kini, dia tidak boleh bekerja," katanya.

Menurutnya berharap agar pemilik kenderaan mahupun saksi kejadian tampil membantunya.

Meskipun katanya, sukar untuk menemukan pemandu itu tetapi berharap kepada penunggang motosikal termasuk pemandu kenderaan agak lebih berhati-hati di jalan raya serta bertanggungjawab sekiranya melanggar undang-undang.

Status Twitter itu mendapat lebih 3,000 ciapan dari netizen yang mendoakan kesejahteraan lelaki itu dan moga pemilik kenderaan tampil membantu.