HOSPITAL Temerloh, kecoh apabila seekor kambing didapati merayau-rayau di sekitar kawasan itu.

Video itu dikongsikan oleh seorang pemilik Facebook yang dikenali sebagai Natasha Mohd Noor, sehingga menarik perhatian netizen dan dikongsikan ramai pelayar-pelayar.   

Namun kambing berwarna putih yang dipercayai baka Boer itu berjaya ditangkap dan disebabkan saiznya yang sado itu, menyebab ia terpaksa ditarik oleh tiga pengawal keselamatan hospital sebelum berjaya dikeluarkan dari perkarangan premis tersebut.

Melalui perkongsian itu, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang mencuit hati.

"Besar baka baik," tulis Shariff Mat Din.

"Mana pula perginya itu? Kau nak pergi ziarah siapa dekat hospital... adoi," tulis Ahmadd Albab.

"Salah waktu melawat... kesian dekat dia... tolong bawa pergi kantin dahulu," tulis Roslan Roslanrela.  

"Dia pergi melawat tuannya dekat hospital lahu... nampak tak setianya dia sanggup ambil risiko," tulis Pemilik Hati.

"Boleh buat lauk," tulis Azahari Mohamad Hairi.