SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sangat berbeza dengan rakan sebayanya apabila berjaya menerima bayaran tertinggi YouTube iaitu AS$22 juta (RM92 juta).

Ryan menerusi rancangan 'Ryan ToysReview' bijak dan petah berkata-kata membuat ulasan mengenai barang permainan menerima jolokan sebagai bintang muda.

Menerusi anggaran yang dibuat majalah Forbes mendapati Ryan mengatasi Jake Paul sebanyak AS$500,000 (RM2 juta) selama 12 bulan hingga Jun 2018.

Dengan hanya membuat video ringkas, Ryan telah menjadi popular di media atas talian hingga kini memiliki 17.3 juta pengikut dan secara kasarnya sejak saluran itu ditubuhkan oleh ibu bapanya pada Mac 2015, kesemua video Ryan ditonton hampir 26 Bilion.

Ditanya oleh NBC mengapa kanak-kanak suka menonton videonya, Ryan berkata, video yang dihasilkan menghibur dan melucukan. - Forbes