SHAH ALAM - Selepas muncul dengan hanya memandu kancil dan menaiki teksi sebelum ini, kisah seharian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terus menarik perhatian ramai.

Terbaharu, perkongsian gambar ketika menaiki pesawat yang kelihatan di sisinya kitab suci al-Quran menjadi 'buah mulut' netizen yang nyata kagum dengan perilaku tersebut.

Menurut Vgod_rm50 baginda sentiasa menunjukkan sikap rendah diri.

"'Stay humble' tuanku..walaupun dia anak raja tapi dia masih tunduk kepada Raja sekalian alam...mashaALLAH," tulisnya.

Sementara menurut, Bhai14 'Tenang 'is good' bersama kitab suci terbaik tuanku,".

Manakala menurut ahmad_syaqiemiwow, gambar yang dikongsi TMJ itu sangat menarik.

"Paling 'win' dalam gambar ni ada al-Quran kat sebelah Tuanku, SubhanaALLAH. terbaik Tuanku," katanya.

Perkongsian TMJ menerusi laman Instagramnya itu sehingga ini menarik sebanyak 32,705 'likes'.

TMJ bagaimanapun tidak berkongsi ke mana destinasinya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: TMJ naik teksi pulang ke istana ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Wow! TMJ pandu sendiri kereta Kancil ]