PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan penyanyi kesayangan ramai. Malah ramai yang mengkagumi beliau dan ingin menjadi sepertinya.      

Baru-baru ini, seorang gadis India dan merupakan peminat setia beliau telah menyanyikan lagu Nirmala ketika bertemu dengan artis pujaannya itu secara spontan dan khas buat Datuk Siti Nurhaliza.     

Walaupun kelihatan dia sangat gugup kerana ikon tersebut berada di depan mata, tapi gadis ini berjaya menyanyi dengan sangat baik.

Datuk Siti juga memberikan tepukan dan tersenyum lebar mendengarkan nyanyian merdu itu.

Video yang dirakam itu kemudian tular di media sosial.    

Menerusi carian di internet, rupa-rupanya gadis tersebut adalah kakak kepada pelakon dan penyanyi Kashika, iaitu Hashmitha Selvam, juga merupakan seorang penyanyi. Dan video tersebut dirakam oleh adiknya Kashika dan dimuat naik ke Instagram (IG) miliknya.

Wajah mereka berdua memang saling tak tumpah, dan suara mereka juga sama mantap.

Selepas mengetahui siapa gerangan pemilik suara itu, IG Hashmitha mula diikuti malah mereka turut memuji akan kelunakan suara yang dimiliki gadis tersebut.

Malah terdapat satu video kedua beradik itu menyanyikan lagu Amalina dari Santesh dan lebih menarik lagi mereka berdua turut diiringi dengan muzik gitar yang dimainkan pemuzik, Simon Nambi dan seorang lagi adik-beradik perempuan, bernama Pamastha turut bermain drum.           

Malah netizen turut memuji bakat yang dimiliki mereka satu keluarga.