KUALA LUMPUR - Meskipun disengat tiga kali dari sang penyengat, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tetap berjaya menghabiskan perlumbaan fizikal sejauh 11 kilometer (KM) sempena kejohanan lasak 'Warrior Challange'.

Beliau juga hanya tidur empat jam telah berjaya mencatat masa satu jam 50 minit setelah menyertai perlumbaan untuk menguji staminanya dengan menamatkan kategori terbuka sehingga ke garisan penamat 10.25 pagi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.

Pertama kali menyertai kejohanan itu tidak menjadi penghalang untuknya berada di Stadium Bukit Jalil bagi perlawanan bola sepak Piala AFF sejurus kejohanan tamat beberapa jam kemudian.

Gaya sihat yang ditampilkan oleh menteri termuda berusia 26 tahun membuatkan dirinya tetap bertenaga dalam apa jua situasi.

Rata-rata peminat perempuan memberitahu mengagumi beliau dan meluahkan kata-kata manis seperti 'Aku suka kamu' dan 'kacak sungguh'.

Difahamkan, perlumbaan fizikal itu bercirikan ala ketenteraan yang menguji stamina fizikal dan semangat kekentalan minda peserta.

Kata Syed Saddiq menerusi Twitter perbadinya, ia adalah satu-satunya perlumbaan halangan berbentuk ketenteraan di Malaysia.

Dia turut berjaya menyelesaikan kejohanan itu dengan mengambil masa satu jam dan 50 minit.

Bagaimanapun bagi melepasi halangan yang sukar, beliau telah disengat tiga kali oleh penyengat.

Walaupun disengat, beliau tetap meneruskan cabaran merentasi air dengan jarak 100 meter di atas Jet-Float, trek merempuh halangan, rock climbing, merentas desa sejauh 2.4 kilometer dan cabaran terakhir iaitu memikul 20 kilogram beg pasir atau 25 kilogram kayu balak kegarisan penamat.

"Cabaran Warriors, 11KM halangan dijalankan, selesai dalam satu jam 50 minit, walau hanya empat jam tidur. Tahun depan, 'Ironman'.

"Saya juga disengat... ia adalah hadiah 'selamat datang'," katanya.

Kemudian pada petang semalam, beliau salah seorang dari 83,000 peminat di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Myanmar.

Memakai jersi Hairmau Malaysia, gambar beliau bersorak kegembiraan dengan kedua-dua tangannya ke atas selepas pasukan Harimau Malaya menang 3-0 menentang Myanmar.

"Terima kasih kepada 83,337 pencinta bola sepak tanah air di Stadium yang memberikan sokongan padu," katanya.