GEORGETOWN - Seorang peserta larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM), terselamat dari dipanah petir semasa menyertai marathon berkenaan, semalam.

Memetik The Star, Cheng Kean Wee terselamat apabila petir memanah belon bukan dirinya.

Kean Wee berkata ketika kejadian dia pada jarak tiga kilometer dari garisan penamat.

"Kami mula jam 1.30 pagi, hujan lebat kira-kira KM31 dan terdengar dentuman kilat dan guruh semasa perlumbaan berlangsung," katanya.

Anak kelahiran Pulau Pinang berusia 32 tahun itu membawa belon dalam lariannya selama empat jam 30 minit sejauh 42 kilometer.

Beberapa pelari juga telah menamatkan perlumbaan dengan cepat.

"Ketika sedang berlari dan sedang menuju ke garis penamat, kami melihat cahaya terang dan mendengar bunyi yang sangat kuat.

"Saya perasan belakang ada sedikit cahaya dan rakan larian terus memberitahu, belon saya telah pecah," katanya.

Katanya pernah mengalami larian ketika hujan lebat serta guruh di Putrajaya Night Run dan acara itu turut dibatalkan.

Kean Wee yang bekerja sebagai eksekutif akaun di Pulau Pinang itu berasa terkejut tetapi bersyukur kerana terselamat.

Difahamkan, buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM), larian bagi kategori 10 KM terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat. - The Star